suria

Jangan sampai sakit kepala nak cari produk tempatan, singgah saja di Watson! Untung nasib dapat pakej hadiah RM20,000

Watsons melancarkan kempen #FeelGreatwithLokal yang menampilkan beberapa jenama tempatan yang terkenal.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara ini sesungguhnya telah menyebabkan banyak perniagaan terjejas teruk dan kini seiring tempoh pemulihan yang dilalui, pelbagai usaha dilaksanakan bagi mendukung usaha kerajaan untuk merancakkan kembali ekonomi Malaysia.

Seiring itu juga, peruncit kecantikan dan kesihatan antarabangsa terkemuka, Watsons telah memperkenalkan kempen #FeelGreatwithLokal iaitu inisiatif menyokong dan membantu jenama tempatan.

Lebih menarik, kempen ke arah mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara ini yang membuktikan komitmen Watsons untuk manfaat bersama turut mendapat sokongan selebriti tempatan yang menghasilkan produk mereka.

Sementara itu, bagi merancakkan lagi kempen tersebut, Watsons turut menghasilkan sebuah video bagi mempromosikan jenama buatan Malaysia selain berkongsi aspirasi dan latar belakang jenama tersebut.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, dengan situasi mencabar pada ketika ini adalah penting untuk semua pihak menyokong antara satu sama lain dalam meningkatkan kembali ekonomi negara.



Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh membincangkan inisiatif baru-baru ini dalam menyokong perniagaan tempatan melalui #FeelGreatwithLokal.

Sehubungan dengan itu, Caryn memberitahu Watsons Malaysia akan menyokong produk-produk tempatan yang terdapat di kedai dan juga dalam talian syarikat berkenaan.

"Watsons Malaysia akan terus membantu jenama-jenama tempatan untuk terus berkembang dan mengekalkan perniagaan mereka dalam tempoh pandemik ini.

"Walaupun negara kita melalui proses pemulihan daripada wabak ini, kita masing-masing perlu memainkan peranan penting sebagai pelanggan untuk menyokong jenama tempatan ini," katanya.



SimplySiti milik Dato 'Sri Siti Nurhaliza adalah salah satu jenama tempatan untuk kempen #FeelGreatwithLokal.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara figura yang berkongsi tentang jenama miliknya, SIMPLYSITI dan kisah perjalanannya dalam bidang perniagaan.

SIMPLYSITI adalah salah satu jenama terkenal Malaysia yang dijual secara eksklusif di Watsons.

"SIMPLYSITI adalah projek pertama saya ketika bermula sebagai usahawan dan sudah 10 tahun berlalu sejak ia dilancarkan.



Jom sapot jenama-jenama lokal di Watsons.

"Saya berbangga kerana jenama itu adalah sebahagian daripada keluarga Watsons," katanya.

Kempen #FeelGreatwithLokal ini akan mempromosikan jenama-jenama tempatan yang terdapat di Watsons dan tawaran istimewa ini bakal bermula 1 September hingga 28 September 2020.



Jualan Watsons Malaysia di seluruh negara diskaun sehingga 60 peratus untuk produk ke-2 merangkumi lebih daripada 500 produk pada 1 September hingga 28 September 2020.

Ini termasuklah penjualan sehingga 60 peratus potongan untuk item kedua meliputi 500 produk.

Selain itu, bagi ahli-ahli Watsons pula, mereka berpeluang menyertai pertandingan untuk memenangi pakej 'Cuti-Cuti Lokal' yang bernilai RM20,000 apabila membeli barangan jenama tempatan berjumlah RM50 dalam satu resit.



Pakej bernilai lebih dari RM20,000 untuk dimenangi oleh ahli Watsons yang bertuah.

Sementara itu, bagi merancakkan lagi kempen tersebut, Watsons turut menghasilkan sebuah video bagi mempromosikan jenama buatan Malaysia selain berkongsi aspirasi dan latar belakang jenama tersebut.

Watsons juga sedar bahawa usaha memerangi Covid-19 masih belum selesai dan dengan itu, setiap ahli Watsons sama ada yang baharu atau sedia ada berpeluang mendapat perlindungan insurans hayat pandemik itu secara percuma.



Ahli Watsons berpeluang mendapat perlindungan insurans hayat pandemik secara percuma.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini dan peraduan untuk ahli Watsons, layari Watsons.com.my atau mengikuti Facebook dan Instagram Watsons Malaysia untuk sorotan harian promosi #FeelGreatwithLokal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain