suria

Makin selesa... Lebih ramai mahu terus kerja dari rumah, anda bagaimana?

Kajian mendapati ramai lebih selesa untuk meneruskan kerja dari rumah.

SEJAK pandemik berlaku di seluruh dunia, kebanyakan syarikat mula mengamalkan bekerja dari rumah sebagai salah satu cara mengurangkan kontak di antara manusia bagi membendung penularan Covid-19.

Selepas beberapa bulan, timbul persoalan sama ada pekerja mahu meneruskan bekerja dari rumah atau pun tidak? Jawapan, ya demikian menurut satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain gaji, jangan dedahkan 4 perkara ini kepada rakan sekerja anda

Pekerja di Amerika yang kembali bertugas di pejabat memberitahu lebih suka untuk bekerja dari rumah, sekurang-kurangnya beberapa kali dalam seminggu.

Ia bukan disebabkan mereka tidak suka kembali ke pejabat tetapi kebanyakan sudah mula berasa selesa melakukan kerja di rumah.



Kajian juga mendapati ramai lebih fokus kerja dari rumah meskipun terpaksa menguruskan anak.

Tinjauan yang dilakukan Wells Fargo/Gallup yang dikeluarkan baru-baru ini mendapati 42 peratus daripada 1,094 pekerja melihat bekerja dari rumah sebagai perkara positif manakala 14 peratus sebaliknya.

Hampir satu pertiga daripada 1,200 pekerja pejabat di Amerika yang mengambil bahagian dalam kajian oleh PricewaterhouseCooper pada Jun lalu pula mengatakan mereka lebih suka tidak kembali ke pejabat.

Sementara 72 pertus pula mengatakan mereka ingin bekerja di luar pejabat sekurang-kurangnya dua hari seminggu.

Bagi mereka yang bernasib baik masih mempunyai pekerjaan dan dapat bekerja dari rumah, persoalan sama ada mereka mahu kembali ke pejabat adalah samar dan sekadar teori.

Ini termasuklah ada syarikat yang tidak memerintahkan pekerja untuk kembali ke pejabat sebaliknya dinasihatkan berbuat demikian - meninggalkan persoalan sama ada itu bermaksud mereka mempunyai pilihan atau sebaliknya.



72 peratus mengatakan mereka ingin bekerja di rumah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Dalam satu kajian yang dilakukan juga pada Jun lalu melibatkan 1,000 responden, 20 peratus daripada mereka tidak mengharapkan apa-apa jika perlu kembali ke pejabat.

Bagaimanapun, separuh daripada mereka bimbang tentang soal kesihatan tambahan pula ada kes Covid-19 berlaku apabila ramai kembali bekerja di pejabat.

Dua pertiga pekerja memberitahu mereka lebih produktif bekerja dari rumah meskipun terdapat gangguan daripada anak-anak menurut kajian dilakukan Korn Ferry.

Sentimen bekerja di rumah juga dipisahkan oleh gender di mana kaum wanita lebih gemar bekerja dari rumah berbanding Lelaki.

Malah kajian dilakukan Wells Fargo/Gallup mendapati 48 peratus wanita sebenarnya telah bekerja dari rumah sebelum pandemik bermula. - Bloomberg



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain