suria

Keyakinan diri menurun antara kesan kawan 'toksik'... Awas 5 ciri sahabat jenis itu

Perasaan dikhianati rakan sendiri adalah sangat menyakitkan.

KEHADIRAN teman dapat membuatkan kehidupan kita lebih bermakna bukan sahaja untuk berkongsi kegembiraan tetapi juga masalah.

Bagaimanapun, tidak semua kawan memiliki kualiti yang baik malah ada segelintir daripada mereka tanpa kita sedari adalah racun yang mampu menghancurkan kehidupan kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu pejabat dah habis, tapi tekanan masih terasa... ini 3 cara buat kita betul-betul rileks selepas balik kerja

Kawan jenis toksik ini mampu 'bertukar' dalam pelbagai bentuk dengan satu tujuan - untuk menyakiti dan menghancurkan kita.

Tidak sukar sebenarnya untuk mengenal pasti 'kawan' jenis ini termasuklah contoh sikap dan perilaku mereka terhadap anda.



Kebiasaannya kawan jenis toksik langsung tidak memikirkan perasaan orang lain apatah lagi sahabat sendiri.

1. Menjatuhkan maruah

Biasalah gurauan di antara rakan-rakan tetapi jika ada di antara mereka yang terus menerus merendah-rendahkan diri kita dan membuatkan kita rasa rendah diri itu barangkali taktik halus si dia ingin menjatuhkan anda.

2. Menyebarkan gosip

Pasti ada di antara kita yang pernah menceritakan sesuatu kepada individu dianggap sahabat baik tetapi rahsia itu tersebar luas sehingga memalukan anda.

Sahabat yang merosak kepercayaan diberikan sebenarnya tidak pernah peduli dengan perasaan anda.

Kamu memberi tahu seorang teman sesuatu hal yang rahsia, tapi keesokan harinya seluruh lingkaran sosialmu mengetahui detailnya. Siapa pun bisa tergelincir dan mengatakan hal-hal yang tidak seharusnya mereka katakan.

3. Tidak ikhlas meminta maaf

Ketika anda menegur sikapnya, dia bukan sahaja mengabaikan malah tidak ikhlas meminta maaf. Ia menunjukkan seseorang itu tidak peduli atau rasa bersalah akan tindakan mereka.



Terdapat pelbagai kesan negatif apabila dikhianati kawan sendiri.

4. Membuat anda rasa tidak tenang

Menghabiskan masa bersama seorang teman seharusnya membuatkan anda berasa tenang dan gembira tetapi jika sebaliknya berlaku, ada sesuatu tidak kena dalam persahabatan anda.

5. Membanding-bandingkan dengan orang lain

Setiap daripada kita mempunyai keunikan tersendiri dan seorang teman yang baik pasti mengetahui akan perkara itu dan menerima baik dan buruk.

Seorang sahabat tidak akan membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain atau menilai diri anda sehingga membuatkan anda rasa rendah diri dan malu.

Kesan mempunyai sahabat yang toksik

Kawan yang toksik mungkin dianggap perkara remeh tetapi sebenarnya ia dapat memberi impak negatif berpanjangan kepada kehidupan seseorang.

Ini kerana selain keluarga, rakan dan sahabatlah yang sentiasa bersama kita dan perasaan kecewa pasti akan menyelubungi diri apabila ada dalam kalangan kawan-kawan yang menikam anda dari belakang.

Beberapa kesan yang boleh anda rasakan adalah;

1. Berasa sunyi dan terasing

2. Tekanan meningkat

3. Rasa tiada sokongan

4. Keyakinan diri menurun

5. Menyalahkan diri sendiri kerana sikap rakan 'toksik'

6. Sering rasa dimanipulasi

7. Memberi kesan kepada persahabatan dengan rakan yang lain

Jika hubungan tersebut langsung tidak mempunya kesan positif kepada diri anda, jangan rasa bersalah untuk menamatkannya. Ia bukan bererti anda bermusuhan tetapi ia adalah bagi kebaikan kedua-dua belah pihak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain