TERDAPAT pelbagai cara untuk mengenal pasti kebocoran gas yang digunakan untuk memasak termasuklah bau belerang serta bunyi desiran ketika api dihidupkan. Sebenarnya warna api juga boleh menjadi kayu pengukur sama ada dapur gas anda bermasalah atau pun tidak.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biarkan bilik tidur bau kepam... Ketahui 4 cara mudah wangikan kamar anda! Pada asasnya, sebuah dapur gas mestilah mempunyai jumlah bahan bakar yang tepat selain faktor keseimbangan oksigen dalam menghasilkan karbon dioksida. Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik namun bagaimana jika warna lain yang keluar? 1. Api Jingga Ketidakseimbangan campuran bahan bakar oksigen boleh disebabkan pelbagai perkara. Lubang pembakar gas yang tersumbat akibat penumpukan jelaga boleh menyebabkan bahan bakar tidak rata ke silinder. Apabila api membakar tompokan jelaga, cahaya yang dihasilkan juga berwarna jingga. Dengan bekalan oksigen mencukupi, hanya sebaahgian gas boleh menyala dengan api biru dan selebihnya dibazirkan dengan api oren yang suhunya lebih rendah. 2. Api Merah Dapur gas dengan api berwarna merah adalah amaran bahawa jumlah karbon dioksida meningkat dengan suhu di bawah 1,000 darjah celcius. Pembakaran api merah ini juga tidak sempurna. Jika ternampak warna ini, berhati-hatilah kerana ia boleh menyebabkan keracunan karbon dioksida. Memasak dengan api ini juga boleh menyebabkan periuk terbakar dan meninggalkan kesan hitam. Ia juga petanda bahawa gas dalam tong sudah mulai sedikit dan perlu ditukar dengan yang baharu. 3. Api biru Api berwarna biru adalah yang paling baik dan mempunyai suhu melebihi 1,500 darjah celsius. Proses memasak dengan api ini juga menjadi lebih cepat selain tidak membuatkan kuali anda terbakar. Api warna ini biasanya memberi tanda bahawa tahap karbon dioksida yang selamat digunakan ketika memasak. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!