KEHADIRAN semut di rumah memang merosakkan pemandangan terutamanya di bahagian dapur apatah lagi jika menghurung makanan yang disimpan. Hendak dibunuh tak sampai hati, tetapi sebenarnya ada cara untuk menghalau semut agar tak lagi kembali.ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Elakkan letak barang di atas peti sejuk, ada bahaya menanti anda Terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk menghalau semut dan anda hanya perlu menggunakan bahan yang ada di dapur. 1. Air lemon Bau air perahan lemon sangat kuat dan mampu menghalau semut Apa anda perlu lakukan adalah memerah jusnya dan tambah satu sudu garam sebelum dikacau rata. Titiskan air lemon di tempat semut sering datang dan haiwan ini tidak akan berani kembali ke situ lagi kerana bau lemon yang kuat. 2. Serbuk kayu manis Sebelum tidur, taburkan serbuk kayu manis berdekatan sarang semut atau lubang tempat laluannya. Keesokan harinya, dijamin tiada lagi semut di situ. 3. Cuka Seperti lemon, cuka juga mempunyai aroma yang cukup kuat dan ditakuti semut. 4. Bunga cengkih Semut tidak suka bau bunga cengkin dan caranya mudah. Anda hanya perlu menaburkan lima ke 10 ulas bunga cengkih di tempat yang banyak semut. 5. Serbuk kopi Serbuk kopi juga sangat berguna menghalau semut. Semut akan lari kerana ia tidak menyukai baunya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!