suria

Nampak remeh, aktiviti bakar daun kering sebenarnya boleh undang risiko barah

Membakar daun kering boleh menyebabkan pencemaran dan masalah kesihatan kepada yang menghidu asapnya.

MEMBAKAR daun-daun kering yang berguguran di halaman rumah barangkali adalah cara paling biasa dilakukan terutamanya di kawasan kampung.

Ia adalah cara mudah untuk membersihkan longgokan daun meskipun sebenarnya kaedah itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara tetapi mendatangkan masalah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya jenama mahal, ini 5 cara jaga TV supaya tahan lebih lama!

Ini termasuklah penyebaran asap sehingga menggangu orang lain dengan baunya yang pada akhirnya boleh memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

Berikut adalah penjelasan mengenai risiko dan kesan membakar daun kering di halaman rumah;

Risiko kesihatan

Daun yang terbakar melepaskan zat tercemar ke udara yang dapat menyebabkan masalah pernafasan. Menurut EPA, pembakaran daun di kawasan terbuka akan menghasilkan bahan partikulat dan hidrokarbon yang mengandungi sejumlah sebatian toksik dan karsinogenik yang menyebabkan barah.



Jangan jadikan pembakaran terbuka sebagai amalan.

Zarah mikroskopik dalam asap daun dapat memasuki bahagian terdalam paru-paru anda dan menyebabkan masalah pernafasan, kerosakan pada paru-paru, bahkan mengurangkan jumlah udara yang dapat anda sedut.

Daun yang terbakar juga dapat melepaskan karbon monoksida ke udara, yang berbahaya terutamanya kepada bayi baru lahir dan orang tua.

Bahaya kebakaran

Daun yang terbakar berpotensi terbang dalam hembusan angin dan terbang membawa bara api bersamanya.

Sekiranya anda tinggal di kawasan kering, hanya satu percikan api kecil sudah cukup untuk menyalakan api yang boleh berubah menjadi bencana. Daun terbakar ini bukan sahaja risiko kebakaran tetapi juga mendatangkan bahaya kepada seluruh persekitaran anda.

EPA mengesyorkan daun kering dijadikan kompos sebagai kaedah paling selamat dan mesra alam. Pengkomposan membolehkan daun dan bahan organik lain secara semula jadi terurai, membuangnya tanpa mengeluarkan bau busuk ke udara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain