suria

Arnab si comel jadi tarikan pencinta haiwan… Tak perlu fikir panjang, mudah cara memeliharanya

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin membela arnab.

MEMBELA haiwan sudah menjadi hobi ramai orang. Selain kucing, ada yang tertarik dengan haiwan berbulu comel iaitu arnab sebagai peneman mereka pada waktu pandemik ini.

Oleh kerana perwatakannya yang unik dan manja, arnab dikatakan paling 'hot' ketika ini untuk dijadikan haiwan peliharaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bentuk karakter positif anak anda? Apa kata cuba hobi pelihara haiwan

Bagaimanapun, teknik penjagaan arnab dengan haiwan lain seperti kucing adalah berbeza dan ia mempunyai keperluan dan kehendak berbeza.

Berikut merupakan lima kaedah untuk memelihara arnab agar ia dapat membesar dengan baik.

1. Sangkar

Arnab adalah antara haiwan yang tiada masalah tinggal dan bermain di dalam sangkar kerana ia seekor haiwan jinak dan tenang.

Namun begitu, sekali-sekala, pemilik perlu membebaskannya untuk melakukan aktiviti luar agar ia dapat meregangkan tubuhnya.

2. Makanan

Arnab seekor haiwan yang agak cerewet tentang makanan. Antara makanan yang disarankan adalah rumput kering, sayur-sayuran seperti kangkung dan buah-buahan.

Pastikan juga makanan yang hendak diberikan bebas racun perosak dan dibasuh terlebih dahulu agar ia tidak membahayakannya.

3. Tempat pembuangan najis

Cara terbaik untuk melatih arnab membuang najis adalah di dalam sangkarnya. Letakkan bekas khas atau dulang di sudut sangkar bagi memudahkannya membuang air besar.

4. Mainan

Tahukah anda, arnab sejenis haiwan yang mudah bosan. Jadi anda perlu sediakan mainan untuknya sebagai hiburan.

Kebiasaannya, arnab tertarik dengan objek seperti bola plastik, kadbod, kain rumput dan sebagainya. Ia juga mudah didapati di kedai aksesori haiwan.

5. Fahami perilakunya

Penting untuk pemilik memahami perilaku arnab termasuk cara berkomunikasi, mentafsir bahasa tubuh haiwan itu, memahami bunyi yang dikeluarkan dan sebagainya.

Pemahaman ini penting bagi mengelakkan arnab anda berada dalam keadaan tertekan serta menyebabkan masalah lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain