KUCING dilahirkan dengan pelbagai warna dan salah satunya adalah berbelang tiga iaitu campuran warna putih, kelabu, hitam dan jingga. Namun ada pandangan bahawa kucing belang tiga atau calico biasanya betina dan faktanya, hampir semua kelahiran kucing dengan tiga belang warna adalah betina. Kenapa kucing dengan tiga warna biasanya betina? Pet Helpful melaporkan ia disebabkan oleh genetik warna.ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya ada cara ‘berbual’ dengan kucing... sangat mudah, jom cuba! Kucing jantan kebanyakannya memiliki kromosom XY, sementara betina memiliki kromosom XX. Maksudnya, kucing betina memiliki 'kaki' tambahan untuk menyimpan maklumat. Kucing betina, sebahagian daripada gen warnanya terdapat pada 'kaki' X tambahan kedua. Ini bermaksud kucing jantan dengan warna yang sama akan berwarna hitam atau pun jingga. Namun ia tidak boleh menjadi kedua-duanya, kerana gen warna kedua-duanya tidak dapat ditemukan pada 'kaki' tambahan yang hilang. Ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kucing jantan dengan berbelang tiga pada harga tinggi. Wujudkah kucing jantang berbelang tiga? Jawapannya ada, tetapi ia sangat jarang terjadi. Boleh dikatakan, biasanya kucing jantan dilahirkan sama ada satu warna atau campuran warna lain. Sekiranya kucing jantan yang dilahirkan memiliki tiga warna pada bulunya, ia menandakan sesuatu yang aneh berlaku melibatkan DNA mereka. Ia adalah mutasi yang ekstrim tetapi kebiasaannya jinak. Ada sebilangan pula mempunyai perwatakan jantan tetapi sebenarnya terdapat kromosom betina dalam DNA kucing tersebut. Ia juga boleh menjadi kucing yang dipanggil hermafrodit, iaitu berkongsi kualiti kedua-dua jantina, baik pada peringkat awal atau pun perubahannya boleh dilihat ketika ia membesar. Disebabkan ia jarang berlaku, ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kucing jantan berbelang tiga pada harga tinggi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!