suria

Ramai mula buat biskut raya tapi guna mentega atau marjerin... eh tak sama ke?

Marjerin dan mentega nampak serupa tetapi sebenarnya ia berbeza.

KEDATANGAN bulan Ramadan, kaum ibu pasti ramai yang sibuk membuat biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu pada Aidilfitri nanti.

Tapi masalah biasa yang berlaku setiap kali hendak membuat adunan biskut raya - guna mentega atau marjerin?

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya bulan Ramadan, kurma sesuai dimakan sepanjang tahun... ini 5 khasiatnya yang patut anda tahu

Meskipun kedua-dua produk itu mempunyai fungsi hampir sama, tetapi ia sebenarnya adalah dua produk berbeza. Jadi, apa perbezaannya?

Mentega adalah produk susu yang diperbuat daripada susu atau krim yang digaul. Proses menggaul itu akan memisahkan lemak mentega daripada cecair.



Mentega diperbuat daripada susu manakala marjerin berasaskan minyak sayuran.

Mentega yang kita beli kebiasaannya diperbuat daripada susu lembu namun ada juga mentega menggunakan susu kambing.

Warna mentega pula biasanya kuning pucat tetapi ia juga bergantung kepada jenis susu digunakan. Selain itu, mentega bukan 100 peratus lemak sebaliknya mengandungi 20 peratus kandungan air dan protein susu.

Sementara marjerin diperbuat daripada minyak sayur seperti minyak sawit, kanola dan soya.

Kebiasaannya, marjerin diperbuat daripada 80 peratus minyak sayur dan air yang kemudiannya diberi perisa seperti mentega. Kebanyakan marjerin juga mengandungi susu.

Jadi sekiranya mencari produk bebas susu, carilah marjerin dengan label vegan.

Meskipun kedua-duanya memiliki komponen yang berbeza, mentega dan marjerin mengandung lemak meskipun jenisnya berbeza.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain