suria

Pusat berpantang semakin mendapat perhatian, penjagaan eksklusif buat si ibu dan bayi

TYH Postnatal Care Centre (TYH) mempunyai pasukan terbaik bagi menjaga si ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang.

TRADISI berpantang sudah banyak mengalami evolusi dan ia bukan lagi tanggungjawab ibu atau ahli keluarga untuk menjaga wanita yang baharu melahirkan cahaya mata.

Kini populariti perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan servis premium sekaligus nilai eksklusif bagi memastikan keperluan ibu dan bayi sentiasa terjaga,

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam ada! ImamConnect platform servis berlandaskan Islam sedunia... pakar Malaysia pun terbabit sama

Tidak hanya servis ke rumah seperti banyak dipraktikan hari ini, kini terdapat juga pusat jagaan bertaraf hotel lima bintang yang membolehkan si ibu dan bayi tinggal sepanjang tempoh berpantang.

Bagi membolehkan si ibu dan bayi merasai pengalaman eksklusif itu, TYH Postnatal Care Centre (TYH) memperkenalkan pakej berpantang yang memberi peluang kepada si ibu mendapatkan rehat secukupnya tanpa perlu bimbang perkara lain.



Bilik penginapan yang cukup selesa untuk si ibu berpantang.

Mensasarkan pasangan suami-isteri muda berkerjaya, TYH menyediakan kemudahan lengkap termasuk penjagaan penuh si ibu sepanjang berpantang selain jururawat khas yang menjaga bayi.

Tidak cukup itu, doktor pakar berpengalaman juga turut ditempatkan di premis bagi membolehkan ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Operasinya, Chanie Tang berkata, perkhidmatan berpantang secara eksklusif itu sebenarnya bukan perkara baharu dalam kalangan pelanggan berbangsa Cina malah kini ia semakin mendapat perhatian bakal ibu pelbagai bangsa seperti Melayu dan India.

Kini kata Chanie, semakin ramai bakal ibu atau yang berpengalaman melahirkan anak mengakui kepentingan berpantang dengan betul dan paling penting bebas daripada sebarang tekanan serta gangguan terutamanya ketika pandemik.

"Kalau kita lihat dulu, ramai lebih suka berpantang di rumah dan dijaga oleh ibu atau ahli keluarga tetapi si ibu tetap perlu menguruskan pelbagai perkara dan menyebabkan mereka tertekan.



Ruang rehat dan restoran yang cukup mewah dan selesa.

"Faktor-faktor luar seperti kehadiran tetamu yang ingin melihat bayi turut menambah tekanan dan si ibu tidak dapat rehat secukupnya.

"Namun kini, kesedaran itu telah berubah dan semakin ramai yang memilih untuk ke pusat berpantang bagi memanjakan diri selepas sembilan bulan mengandung," katanya.

Di TYH kata Chanie, terdapat dua pakej diperkenalkan iaitu perkhidmatan pelanggan selama 28 hari untuk berbangsa Cina dan 44 hari untuk pelanggan berbangsa Melayu.

Tambahnya, bagi pelanggan Melayu, sepanjang tempoh berpantang mereka akan menikmati cara berpantang tradisional Melayu dengan petugas berpengalaman di TYH.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, bagi memastikan si ibu sentiasa mendapat nutrisi secukupnya, TYH menyediakan sajian sihat sebanyak lima kali sehari dengan pelbagai menu bersesuaian dan berkhasiat menggunakan rempah ratus yang enak dimakan.



Spa untuk si ibu memanjakan diri.

Paling penting kata Chanie, semua bahan-bahan digunakan adalah halal malah cef yang menyediakan semua makanan kepada pelanggan adalah beragama Islam.

"Bagi pelanggan berbangsa Melayu kami akan sediakan makanan berpantang tradisional Melayu selain beberapa menu berpantang Cina dan India.

"Kita pelbagaikan agar si ibu tidak berasa bosan selain dapat bertukar selera setiap hari. Paling penting semua menu disediakan sangat bernutrisi tinggi dan baik untuk proses pemulihan mereka," katanya.

Dalam pada itu, elemen paling penting yang diberi keutamaan di TYH adalah bilik penginapan si ibu yang setaraf bilik hotel bagi membolehkan mereka berehat dengan selesa dan tenang.

Pakej bilik juga didatangkan dengan beberapa pilihan mengikut bajet namun ia turut menempatkan ruang rehat yang selesa untuk para suami yang datang menemani isteri selain kemudahan makanan percuma.



Makanan enak dan berkhasiat untuk si ibu.

Tidak cukup dengan itu, TYH turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti spa, urutan Melayu tradisional serta bertangas, sauna, bilik senaman dan kafe.

Sebuah nurseri juga disediakan bagi menempatkan bayi yang dipantau oleh jururawat berpengalaman yang bertugas selama 24 jam bagi membolehkan si ibu berehat.

Di situ, bayi akan menjalani rutin catitan berat badan, penjagaan tali pusat, urutan badan bayi serta pemeriksaan kesihatan bayi dengan termasuk suhu badan, kadar degupan jantung dan juga pernafasan selain pemantauan penyakit kuning.

"Bayi hanya akan dibawa ke bilik ibu apabila tiba waktu menyusu selain untuk mengeratkan ikatan ibu dan anak. Selebihnya, jururawat terlatih akan menjaga bayi mereka agar si ibu dapat memberi fokus kepada proses pemulihan dan berehat.

"Selain suami, tiada pelawat dibenarkan masuk agar si ibu tidak berasa terganggu dan tertekan," katanya.

Paling penting kata Chanie, sejurus selepas bersalin dan dibenarkan keluar hospital, ibu dan bayi boleh terus ke TYH tanpa perlu membawa sebarang kelengkapan dari rumah kerana semuanya telah disediakan.

Ini termasuklah lampin pakai buang tanpa had, produk mandian dan pakaian bayi, pakaian ibu dan sebagainya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain