suria

Ketahui 5 punca rumah tetap rasa bahang walau ada kipas dan aircond

Malaysia mengalami cuaca panas sehingga pertengahan September.

MALAYSIA kini mengalami musim Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering sehingga pertengahan September meskipun tiada gelombang haba berlaku setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40 darjah Celsius.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pelanggan sejak pandemik, idea lelaki ini transform homestay jadi 'rumah ais krim' memang berbaloi - “Asal dua sekarang ada enam peti sejuk beku”

Bagaimanapun, rumah tetap terasa bahang malah penggunaan penghawa dingin adakalanya tidak mampu menangani masalah ini.

Sebenarnya ada beberapa punca yang menyebabkan suhu di dalam rumah semakin panas, termasuklah;

hand open white plastic pvc window at home

1. Langsir dan tingkap dibuka waktu siang

Paparan sinaran matahari di dalam rumah boleh membuatkan kediaman menjadi panas. Dinding rumah sepatutnya menjadi penghalang di antara suhu luar dan dalam kediaman.

Tindakan menutup tingkap dan langsir pada waktu siang dapat mengelak udara panas dari luar masuk ke dalam rumah sekali gus menjaga suhu agar tidak terasa bahang.

Tutup Tingkap

2. Langsir dan tingkap ditutup waktu malam

Biasanya suhu akan turun pada waktu malam namun tidur dengan tingkap dan pintu tertutup boleh menyebabkan udara panas terperangkap dalam ruang.

Jadi sekurang-kurangnya jangan tutup pintu bilik ketika tidur agar pengaliran udara dapat berlaku.

Blanket

3. Jenis cadar dan selimut

Ketika musim panas, pilih jenis cadar dan selimut yang lebih ringan serta daripada fabrik lembut berbanding poliester atau flanel yang mudah memerangkap haba.

Oven

4. Peralatan elektronik

Peralatan elektronik seperti oven dan peti sejuk memancarkan haba tetapi ia tidak terus terperangkap di dalamnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jika tinggal di rumah bersaiz kecil, memanggang ayam atau membakar biskut menggunakan oven dapat memberi kesan kepada keseluruhan ruang rumah.

Kipas Siling

5. Putaran kipas

Percaya atau tidak, arah putaran kipas siling dapat mempengaruhi suhu dalam rumah. Bilah kipas yang berputar arah melawan jam mengeluarkan angin dingin.

Sebaliknya bilah yang berputar mengikut arah jam akan menghasilkan aliran udara ke atas, memaksa udara panas turun ke ruang bawah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain