suria

Kajian menunjukkan wanita lebih tertarik dengan lelaki bela kucing! Ketahui 6 manfaat lain memelihara si bulus

Memelihara kucing memberikan banyak manfaat kepada kesihatan manusia.

MEMPUNYAI wajah comel, perangai manja serta telatah yang lucu dan nakal, tidak hairanlah kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling popular di dunia.

Tidak dapat dinafikan, kehadiran kucing di dalam rumah boleh membuatkan kita berasa lebih bahagia dan gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing boleh 'baca' hati tuannya? Ketahui kelebihan pelihara haiwan ini dari sudut psikologi, kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia rasanya apabila si bulus datang bermanja! Ini 4 sebab mengapa kucing suka duduk di pangkuan tuannya

Tetapi tahukah anda, memelihara kucing sebenarnya dapat memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan ini telah dibuktikan oleh pelbagai kajian dan penyelidikan sains.

Berikut merupakan antara manfaat memelihara kucing:

1. Mengurangkan stres

Menurut kajian, memelihara kucing dapat mengurangkan tahap stres anda, serta dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan sistem kardiovaskular. Mereka yang memiliki kucing mempunyai risiko sebanyak 30 peratus lebih rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti strok.

chewy-ethVHUKAaEI-unsplash

2. Membantu memelihara kesihatan tulang, tendon dan otot.

Bunyi ‘purr’ yang dikeluarkan kucing amat bagus untuk kesihatan tulang, tendon dan otot anda. Ia mempunyai frekuensi antara 25 – 140 Hz yang mampu menggalakkan penyembuhan tulang yang patah, dan dapat membantu memperbaiki kesihatan tendon dan otot anda.

3. Tidur lebih nyenyak

Tinjauan yang dilakukan di United Kingdom mendapati bahawa pemilik kucing lebih suka tidur bersama kucing berbanding pasangannya. Mereka juga mengakui mendapat tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak bersama kucing berbanding dengan pasangan.

pexels-cottonbro-6869632

4. Terapi bagi penghidap autisme

Kucing adalah haiwan yang sangat baik bagi membantu kanak kanak autisme untuk berasa lebih tenang. Di negara-negara barat, terapi kucing bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme sudah diamalkan sejak sekian lama lagi.

chewy-59TTmbSL1Yw-unsplash

5. Bagus untuk alahan

Satu kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health, Amerika Syarikat mendapati bahawa bayi yang didedahkan dengan kucing sejak awal kelahiran mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mendapat alahan - bukan hanya alahan terhadap haiwan tetapi juga alahan terhadap debu dan tumbuhan.

chen-RMTH29PI-Tg-unsplash

6. Tingkatkan emosi positif dalam diri

Kajian yang dilakukan oleh Indiana University Bloomington terhadap 7,000 responden mendapati bahawa dengan menonton video kucing sahaja sudah mampu meningkatkan tenaga dan emosi positif dalam diri seseorang dan mengurangkan perasaan negatif yang dialami.

luigi-pozzoli-TTAAHtY1HMw-unsplash

7. Membuatkan wanita lebih tertarik

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik haiwan, Dr June Nicolls mendapati bahawa 82 peratus wanita mengakui mereka lebih tertarik kepada lelaki yang memiliki haiwan peliharaan. Daripada jumlah itu, 90 peratus mengatakan bahawa lelaki yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan lebih baik dan penyayang daripada lelaki lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain