suria

Bukan hanya wajah cantik, 5 perkara ini juga boleh buat lelaki tertarik dengan wanita

Ada perkara lain yang menarik perhatian lelaki selain rupa paras.

SEGELINTIR kaum wanita mungkin beranggapan bahawa kaum lelaki hanya memandang rupa paras yang cantik atau penampilan seorang wanita untuk dijadikan pasangan.

Ada benarnya tetapi ciri fizikal tertentu bukan satu-satunya perkara yang diperhatikan kaum lelaki. Percaya atau tidak, seorang lelaki juga memerhatikan pelbagai perkara yang ada pada diri seorang wanita selain fizikal dan rupa paras.

ARTIKEL BERKAITAN: Akan datang... Apple bangunkan teknologi bolehkan iPhone kesan pengguna alami kemurungan

Berikut adalah enam perkara yang turut diperhatikan oleh kaum lelaki terhadap wanita yang disukainya.

young woman hiding her emotions

1. Keperibadian

Secantik-cantik seorang wanita tidak akan menarik perhatian lelaki jika keperibadiannya tidak menarik dan mempunyai personaliti membosankan. Meskipun seorang lelaki memerlukan masa untuk sedar perbezaan keperibadian yang baik dan buruk, dia pada akhirnya akan menyedarinya.

Dan itu juga membuatkan keinginan seorang lelaki untuk berpasangan terbantut.

2. Harga diri

Lelaki yang kaya dan cenderung memiliki sifat yang angkuh mungkin melihat wanita sebagai objek. Tetapi ketika seorang perempuan memiliki harga diri maka mereka tidak akan mudah dipergunakan oleh seorang lelaki.

Biasanya sifat begini yang membuatkan seorang lelaki lebih mudah jatuh hati kerana dia bukan sahaja melihat perempuan tersebut sebagai berharga tetapi sifat keyakinan diri dan berpegang kepada prinsip akan membuatkan mereka kagum.

Fesyen

3. Selera fesyen

Selera berpakaian juga sering menjadi perhatian dan penilaian seorang lelaki terhadap wanita. Bagi sesetengah lelaki, cara berpakaian boleh menjadi faktor utama tarikan terhadap pasangan lawannya.

Ketawa

4. Senyuman dan ketawa

Senyuman dan ketawa seorang wanita sangat disukai oleh lelaki kerana mereka kelihatan menarik ketika berada dalam keadaan gembira berbanding murung, marah atau cemburu.

Perfume

5. Aroma

Kebanyakan lelaki tergila-gilakan pada wanita yang memiliki aroma yang wangi. Jika wanita memakai pewangi, lelaki mungkin akan mengingati bau tersebut.

Ia adalah petanda bagus kerana aroma khas seorang wanita cenderung menjadi deria pertama seseorang lelaki setiap kali bertemu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain