suria

Usaha Ben Ali, Nadiyah Shahab berbaloi... kini Absolut Chocolat masuk pusat beli-belah popular

Ben Ali dan isteri, Nadiyah Shahab membangunkan jenama Absolut Chocolat sejak tiga tahun lalu.

SELEPAS tiga tahun bertungkus-lumus membangunkan jenama Absolut Chocolat secara dalam talian, kini jenama itu mengorak langkah dengan pembukaan cawangan stor fizikal pertamanya di pusat beli belah, Mid Valley Megamall.

Jenama yang diusahakan pasangan suami-isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab ini diusahakan sejak Februari 2018 dan kejayaan membuka kios itu menjadi bukti kelangsungan jenama yang dimiliki anak tempatan berbangsa Melayu bersaing secara sihat dan berdiri sebaris dengan jenama besar lain di pusat beli-belah sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembiayaan 100 peratus, tanpa wang pendahuluan antara 7 sebab kenapa anda perlu milik rumah impian dengan HouzKEY

Ben atau Nur Ali Nadzwan selaku Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd berkata tujuan utama memasuki pasaran 'offline' dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang itu sebagai strategi keluar dari zon selesa.

"Ini kerana sektor 'offline' terutamanya di dalam pasar raya mega ini didominasi oleh bangsa lain selain Melayu. Lantas ia menjadikan faktor ini sebagai satu cabaran dan batu loncatan kepada kami untuk terus maju kehadapan melalui visi dan misi yang diperjuangkan.

IMG_8077

Kios pertama terletak di LGC-18 di pusat beli-belah Mid Valley Megamall.

"Walaupun laluan itu tidak mudah bagi sebuah jenama yang dikirakan baru untuk pasaran offline seperti kami, saya optimis. Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan di serata dunia," katanya.

Dapat pengiktirafan Superbrand International

Tambah Ben, jenama yang baharu menerima pengiktirafan oleh Superbrand International dengan menjadi salah satu jenama yang membawa gelaran 'Superbrand' di Malaysia itu juga cuba melawan arus.

"Antara sebab lain kenapa kami melebarkan cabang peniagaan ke sektor luar talian (offline) ini selepas melihat kesan pandemik Covid-19 yang menggegar dunia. Khususnya kepada peniaga offline yang paling terkesan dan terpaksa menutup kedai selama berbulan-bulan kerana harus akur dengan arahan pihak berkuasa.

"Di saat banyak perniagaan offline mahu bertukar ke online, kami pula mengambil tindakan sebaliknya. Usaha itu juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku pada dunia dalam talian. Sekurang-kurangnya kami mempunyai sandaran perniagaan offline juga.

IMG_8080

Menyelerakan... Kek antara produk yang dijual.

"Siapa pun tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, dunia perlu menutup operasi ekonomi secara menyeluruh," katanya.

Usaha menembusi pasaran luar talian dengan memilih lokasi pertama pusat beli belah itu turut didorongi pelbagai faktor termasuk mahu ia diterima semua lapisan masyarakat.

"Salah satunya, kerana pusat beli belah itu memiliki faktor demografik yang lebih seimbang. Selama ini 85 peratus daripada pelanggan kami dalam kalangan orang berbangsa Melayu. Namun kami percaya bahawa perniagaan berasaskan food and beverage (F&B) ini untuk semua kaum.

"Jadi kami memilih pusat beli-belah itu juga kerana 50 peratus pengunjungnya dalam kalangan kaum Cina. Lucunya menerusi bancian kami lakukan selepas dua minggu beroperasi di situ, ramai menyangka jenama kami dari Korea. Malah rata-rata terutama pelanggan berbangsa Cina tidak pernah mendengar jenama kami," katanya.

Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan di serata dunia.

BEN ALI

PENGARAH URUSAN ABSOLUT BRANDS SDN BHD



Rancang buka kios di lebih banyak pusat beli-belah

Sementara itu, Nadiyah selaku Ketua Pengarah Eksekutif pula berkata empat lagi kios fizikal di pusat beli lain sedang dirancang kemasukannya dalam tahun ini.

"Apabila mula memasuki Mid Valley, kami mula mendapat pelawaan daripada beberapa pusat beli belah utama lain.

"Seiring dengan apa yang dirancang, kami akan membuka empat lagi cawangan kios di Pavilion KL, Sunway Pyramid, IOI Mall Putrajaya dan Sunway Velocity bermula dari Oktober sehingga Disember 2021.

"Dan kami akan membuka lima cawangan kios lagi juga di Lembah Klang sebelum April tahun depan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama 2022," katanya.

IMG_8076

Pasangan suami isteri ini merancang membuka lebih banyak kios fizikal di pusat beli-belah yang lain.

Dalam pada itu, jenama ini beroleh rezeki dan terus bertahan meneruskan survival di era pandemik.

"Pada tahun lalu, syukur perniagaan kami tidak terkesan kerana fasa sekatan pergerakan perjalanan pertama menyaksikan kebanyakan masyarakat banyak berbelanja di sektor online. Sekaligus ia menyebabkan kami mencatat hasil jualan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

"Namun bagi tahun ini pula, aliran perbelanjaan masyarakat dilihat agak sedikit perlahan. Mungkin disebabkan oleh faktor mahu berjimat cermat apabila sudah memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kami sejujurnya sedikit terkesan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain