MELETAKKAN bawang mentah dalam sarung kaki dan tidur dengannya semalaman dipercayai boleh merawat selesema. Ada bukti saintifik yang menunjukkan ia berkesan? ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh campuran kopi dan jus lemon mampu turunkan berat badan, pakar beri penjelasan! Menurut National Onion Association, dakwaan bahawa bawang mentah dapat merawat selesema adalah mitos yang wujud sejak tahun 1500an. Kebelakangan ini, banyak artikel dalam talian mendakwa bahawa natural remedy (rawatan semula jadi) ini berkesan. Secara ringkasnya, meletakkan bawang di dalam sarung kaki atau stoking boleh membantu mengatasi selesema dan penyakit lain: Rawatan ini bermula semasa tempoh wabak di mana orang ramai percaya penyakit boleh merebak melalui "udara adalah berbahaya". Ia juga dikaitkan dengan amalan refleksologi yang terkenal dalam perubatan masyarakat Cina. Bagaimanapun tidak ada bukti saintifik untuk menyokong tuntutan tersebut. Bawang mengandungi asid fosforik yang membantu tubuh membersihkan diri daripada toksin. Apa kata sains Kajian pada 2002 melalui sumber yang dipercayai mengenai manfaat kesihatan bawang menyatakan bahawa ia kaya dengan sebatian sulfurik. Bagaimanapun, kenyataan ini tiada kaitan dengan bukti atau penyelidikan yang menyokong rawatan bawang dalam stoking. Perlu juga diperhatikan bahawa terdapat sedikit bukti untuk menyokong refleksologi sebagai rawatan berkesan untuk penyakit. Kajian 2011 yang dibuat menyimpulkan bukti klinikal gagal menunjukkan bahawa refleksologi adalah rawatan yang berkesan untuk sebarang keadaan perubatan. Aromaterapi juga hanya merupakan amalan berasaskan bukti yang semakin dipercayai dapat merangsang reseptor bau dalam membantu penyembuhan. Meletakkan bawang di bawah kaki anda dapat membantu menghidrasi semula badan. Manfaat kesihatan bawang Walaupun bawang mentah tidak terbukti dapat menyembuhkan selesema ketika diletakkan di telapak kaki, bawang mempunyai beberapa manfaat kesihatan ketika dimakan. Bawang adalah makanan rendah kalori, tinggi serat, tinggi nutrien dan mengandungi vitamin C. Berikut adalah anda manfaat jika anda gemar memakan bawang, antaranya: -Mengurangkan risiko barah: Ulasan dipetik pada 2015 membincangkan hal berkenaan dan antaranya dengan makan sayur (seperti bawang). -Membantu kesihatan kulit dan rambut: Bawang tinggi vitamin C, menyokong penghasilan kolagen yang diperlukan untuk kulit dan rambut sihat. -Mengurangkan kemurungan: Bawang mengandungi vitamin B9 (folat), yang dapat membantu menyokong kesihatan mental termasuk kemurungan. Bawang dapat mengurangkan gejala selesema yang tidak menyenangkan. Penawar bawang dalam stoking Ramai orang mendakwa bahawa rawatan bawang dalam sarung kaki adalah berkesan untuk selesema atau penyakit lain. Tidak ada bukti saintifik untuk menyokong kesahihan fakta ini walaupun ada tuntutan mengenai rawatan ini membawa kebaikan. Walaupun manfaat kesihatan tidak terbukti untuk rawatan semula jadi ini tetapi kaedah ini diketahui tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Sekiranya seseorang mencari cara untuk mengubati selesema mereka di rumah, terdapat pelbagai jenis rawatan yang mempunyai manfaat telah terbukti. Adalah idea yang baik untuk berubat dengan cara diketahui berkesan sebelum mencuba rawatan di rumah yang kurang berasaskan bukti seperti kaedah bawang dalam stoking ini. Sebelum mempertimbangkan kaedah rawatan baru untuk selesema atau penyakit lain, adalah lebih baik berjumpa doktor dahulu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI