MUSIM cuti kembali rancak menjelang akhir tahun. Belum pun memasuki Disember, pengguna di laman sosial Twitter rancak berbual mengenai percutian. Walaupun terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di seluruh negara, pembelian semasa musim percutian masih dapat dilihat secara dalam talian dan juga di Twitter. Kajian musim percutian oleh Twitter mendedahkan walaupun 51 peratus rakyat Malaysia masih berhati-hati untuk berkumpul secara ramai, mereka juga tetap berharap dan teruja untuk menyambut musim percutian. Bukan semua akan menyambut perayaan Krismas, terutama di negara kita yang berbilang bangsa dan agama, namun mereka menantikan musim percutian dan menikmati suasana perayaan itu sejak November. Perkongsian mengenai perayaan Krismas. sumber Twitter nursyuhada_7 Bagi yang menyambut perayaan tentu sekali pemberian hadiah, pengubahsuaian hiasan rumah dan aktiviti lain yang menyumbang bukan sahaja kepada pembelian, tetapi juga untuk mengekalkan keceriaan percutian walaupun pada masa ini kian mencabar. Kerancakkan perbualan di media sosial mendapati lebih lapan juta perbualan berkaitan percutian di Twitter di seluruh Asia Tenggara, dan perbualan merangkumi pelbagai topik daripada ulasan pelanggan, soalan tentang pembelian barang dan Tweet lain.Ia sekali gus menunjukkan kenapa Twitter menjadi tempat yang sesuai bagi orang ramai dan jenama untuk mengetahui dan menyertai #WhatsHappening sekitar musim percutian. Berikut adalah trend beli-belah musim percutian yang menarik di Malaysia sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai, berdasarkan kaji selidik Twitter: 1. Perayaan bermula awal Semangat musim percutian tidak pernah redup di Twitter, bahkan perbualan tersebut semakin banyak dan meriah. Mood menjelang Hari Krismas. sumber twitter hemingwentz Pada 2020, Malaysia menyaksikan hampir satu juta perbualan berkaitan percutian dan perlu diperhatikan bahawa perbualan pada musim percutian juga bermula awal sekitar Oktober, dua bulan lebih awal daripada musim percutian sebenar. Dalam tempoh tersebut, faktor yang mencetuskan peningkatan perbualan berkaitan percutian di Malaysia adalah tawaran promosi istimewa akhir tahun dari pelbagai jenama, penerbitan media yang pelbagai daripada selebriti dan saluran televisyen, dan jangkaan tahun depan. Ini adalah cara untuk orang ramai merancang apa yang mereka perlukan untuk membeli atau persiapan sepanjang musim percutian. 2. Cari inspirasi hadiah musim percutian Walaupun terdapat SOP ketat di seluruh negara, rakyat Malaysia masih memilih untuk berbelanja adalam talian pada musim percutian dan ramai menggunakan Twitter untuk mencari inspirasi. Sebanyak 39 peratus rakyat Malaysia masih bergelut untuk mencari hadiah yang sesuai, jadi trend unik dalam kalangan pengguna Twitter ialah untuk bergabung tenaga dan membincangkan tentang aktiviti beli-belah semasa musim cuti. Hadiah untuk musim perayaan. sumber twitter salina_abdmanan Topik juga mungkin terdiri daripada resipi percutian, produk baharu atau fesyen. Selain itu, 53 peratus rakyat Malaysia menemui tawaran dan promosi jenama yang istimewa, hasil penggunaan Twitter. Sebanyak 48 peratus rakyat Malaysia di Twitter juga mendapat inspirasi daripada minat atau topik yang mereka ikuti, manakala 47 peratus mendapat idea mereka daripada topik yang trending dan tanda pagar (hashtag). Perbualan di Twitter ini bertukar menjadi jualan. Secara purata, peningkatan 10 peratus dalam perbualan yang didorong oleh jenama membawa kepada peningkatan 3 peratus dalam jualan. 3. Twitter tempat merayakan musim percutian Musim percutian adalah musim perkongsiaan dan perayaan. Topik berkaitan percutian pada 2020 dijangka merangkumi ucapan (51 peratus) kepada keluarga dan rakan-rakan, beli-belah (19 peratus), tweet berkaitan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan (11 peratus). Ini kerana, musim percutian adalah musim beli-belah di mana rakyat Malaysia memikirkan tentang hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang tersayang. Perbualan menjadi kekuatan Twitter, dan dengan komuniti yang juga sangat reseptif, jenama boleh mendapat insight mengenai trend beli-belah daripada pembeli. Hiasan bertemakan sambutan Krismas. sumber twitter Fhabyab08 Di Malaysia, 53 peratus pembeli ingin melihat tawaran jenama, 40 peratus mencari cadangan hadiah daripada jenama, dan 24 peratus menjangkakan untuk melihat lebih banyak kandungan menarik daripada jenama di Twitter. Bukan sekadar itu, pilihan hadiah mereka juga berbeza daripada makanan dan minuman, produk penjagaan diri, fesyen dan aksesori kepada produk teknologi. Khususnya, 35 peratus rakyat Malaysia di Twitter merancang untuk membeli produk teknologi pada musim percutian tahun ini. Dua perkara yang rakyat Malaysia ambil berat dalam mencari gajet yang sempurna adalah harga (75 peratus) dan spesifikasi (65 peratus). Ikuti keceriaan musim percutian di TwitterJom ceriakan musim percutian akhir tahun dengan merancakkan perbualan di Twitter, di mana anda boleh menghangatkannya lagi dengan tiga jenis kandungan yang paling ditunggu-tunggu. 1. Hype: Nyalakan kempen anda dengan menghebahkannya. Hantar mesej anda dan bina jangkaan untuk mencapai interaksi dua kali ganda. 2. Partisipasi: Jangan Tweet saja. Jadilah sebahagian daripada perbualan untuk mendapatkan peningkatan view sebanyak 35 peratus. 3. Reaksi: Ingat untuk sentiasa berhubung. Reaksi sangat berguna mengoptimalkan buzz dan juga mendorong pertimbangan sehingga jenama mendapatkan konsistensi tiga kali ganda lebih tinggi. Jadilah sebahagian daripada perbualan di musim percutian ini dan detik-detik penting lain di Twitter. Kunjungi https://business.twitter.com/en/advertising.html untuk menemukan cara terbaik bagi jenama anda di Twitter dan untuk mengikuti perbualan musim percutian sekarang. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!