suria

Sepanyol wajibkan pasangan pertimbang hak penjagaan haiwan peliharaan sekiranya bercerai

Nasib haiwan peliharaan di Sepanyol terbela dengan kewujudan pelbagai undang-undang.

UMUMNYA hak penjagaan anak biasanya akan menjadi antara perkara utama yang dipertimbangkan ketika sesuatu pasangan mengambil keputusan untuk bercerai.

Bagiamanapun itu bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi perhatian bagi pasangan yang ingin bercerai di Sepanyol. Sebaliknya mereka juga perlu memutuskan hak penjagaan haiwan peliharaan sekiranya ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing pun nak melawa... Jom ambil tahu 7 kebaikan grooming si bulus!

Perkara itu bukan sahaja berlaku di Sepanyol tetapi beberapa negara lain turut menerapkan perkara sama seperti Perancis dan Portugal.

Hakim diwajibkan untuk membuat keputusan dan mempertimbangkan haiwan peliharaan sebagai makhluk bernyawa daripada dilihat sebagai objek yang dimiliki pasangan.

pets, hygge and people concept - happy couple with cat at home

Pasangan yang berpisah boleh memfailkan permohonan di mahkamah bagi menentukan hak penjagaan haiwan peliharaan mereka.

"Haiwan adalah sebahagian daripada keluarga dan ketika suami isteri mengambil keputusan untuk berpisah, nasib haiwan juga perlu dipertimbangkan dengan nasib anggota keluarga yang lain.

"Pihak mahkamah perlu menentukan hak penjagaan haiwan peliharaan perlu diberikan kepada siapa atau penjagaan bersama," kata seorang peguam di Sepanyol, Lola Gracia.

Pada Oktober tahun lalu, seorang hakim di Madrid memberikan hak penjagaan bersama seekor anjing kepada pasangan yang belum berkahwin. Pasangan tersebut memfailkan hak penjagaan di mahkamah selepas berpisah.

Mahkamah menetapkan bahawa anjing itu akan tinggal selama sebulan dengan setiap pihak dan kedua-duanya bertanggungjawab untuk menguruskan kebajikan haiwan peliharaan mereka meskipun sudah tidak bersama.

Lola yang mewakili plaintif dalam kes itu menganggap reformasi terhadap hak penjagaan haiwan peliharaan merupakan langkah besar dalam sistem undang-undang di negara itu.

Apatah lagi pemilikan haiwan peliharaan di Sepanyol paling tinggi berbanding dalam kalangan negara Eropah yang lainnya. Tidak hanya soal hak penjagaan, pemerintah juga banyak membangkitkan soal undang-undang dalam mempertahankan hak haiwan.

Contohnya, larangan menggunakan haiwan liar pada acara pertunjukan dan menghentikan penjualan haiwan peliharaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain