suria

Kanabis untuk perubatan hebat diperbincangkan tapi negara-negara ini sudah halalkan penggunaan ganja

Ganja dibenarkan di beberapa buah negara.

KANABIS atau ganja adalah dadah haram yang paling banyak ditanam, diperdagangkan dan disalahguna di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, kanabis menyumbang sebanyak 16 peratus populasi penyalahguna dadah dalam negara.

Marijuana adalah terma yang sering digunakan untuk merujuk kepada daun dan lain-lain bahan mentah pokok ganja manakala hashish merujuk kepada resin yang diekstrak daripdaa bunga pokok tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Yasin pegang kertas putih, bersuara dalam kandang OKT... Risau jadi ‘crack’ dan gila

Kanabis disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eskport, pemilikan dan penyalahgunaannya.

Selain marijuana, kanabis dan ganja, nama lain yang sering digunakan dalam kalangan penagih dadah adalah grass, sayur, tarek daun, barang weed, pot, weed dan sebagainya.

Gejala pengambilan dadah kanabis boleh menyebabkan anak mata seseorang membesar, kurang tumpuan dan pertimbangan, ketagihan gula-gula, selera makan bertambah, mudah ketawa tanpa sebab dan sebagainya.

drmacheleman

Kebanyakan negara membenarkan ganja untuk tujuan perubatan.

Apa lebih membahayakan pengambilan kanabis boleh mengakibatkan peningkatan denyutan jantung, hilang daya ingatan jangka pendek, mudah berasa cemas, kerosakan paru-paru dan boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit jiwa jika digunakan secara berpanjangan.

Sementara itu, perdebatan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan masih hangat diperdebatkan termasuk Malaysia dan terdapat sebilangan negara yang membenarkan penggunaan ganja secara sah.

Ini termasuklah untuk tujuan perubatan yang dipercayai mampu bertindak sebagai terapi bagi pesakit gangguan saraf, autisme, kemurungan, parkinson dan kanser.

Meskipun beitu, kajian tentang ganja untuk perubatan masih dilakukan sehingga kini.

Di Malaysia sendiri tidak mustahil ia akan menjadi antara tanaman yang mampu menjana ekonomi khususnya bagi industri perubatan apabila kajian meluas mengenai potensinya dapat dilakukan selepas ini.

Ini susulan kenyataan Menteri Kesihatan, khairy Jamaluddin ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar pada November tahun lalu, iaitu mereka yang berkenaan boleh mengemukakan permohonan penggunaan kanabis untuk perubatan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi dinilai dan didaftar sekiranya ada bukti saintifik yang mencukupi.

Kenyataan itu disambut baik oleh kebanyakan penyelidik dan pakar merawat ketagihan dadah dengan masing-masing melihat perkembangan itu sebagai lembaran baharu dalam usaha meneroka potensi kanabis untuk perubatan yang sebelum ini berdepan jalan sukar.

ganja

Ada negara membenarkan ganja untuk kegunaan peribadi.

Berikut adalah sembilan buah negara di dunia yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan rekreasi.

1. Kanada

Dipetik New York Times, Kanada telah membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan sejak 2001. Tidak hanya itu, dianggarkan 33,000 orang Kanada termasuk pesakit kanser berdaftar sebagai penerima ganja daripada pengeluar berlesen.

2. Itali

CNN melaporkan pengambilan ganja bukan kesalahan jenayah di Itali. Negara itu juga membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan. Bagaimanapun penjualan, pembelian dan penanaman ganja secara terbuka adalah perbuatan jenayah.

3. Argentina

Pada 2020, Argentina mengizinkan rakyatnya menanam ganja di rumah mereka untuk tujuan kesihatan. Selain itu, kerajaan negara itu membenarkan penghasilan minyak, krim dan produk berasaskan ganja.

4. Australia

Canberra, Australia menjadi wilayah pertama di negara itu yang membenarkan penggunaan ganja untuk rekriasi dan penanaman pada 2019. Canberra turut membenarkan individu berusia 18 tahun ke atas memiliki 50 gram ganja.

Mereka juga dibenarkan untuk menanam dua pokok ganja setiap orang atau empat pokok bagi sebuah rumah. Pun begitu, menanam ganja secara besar-besaran masih lagi perbuatan jenayah.

5. Mexico

Pada Mac 2021, anggota parlimen Mexico bersetuju dengan cadangan membenarkan ganja sebagai kegunaan rekreasi. Malah negara itu bakal menjadi sumber pembekal ganja terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.

Bagi penduduk negara itu yang ingin mendapatkan ganja secara sah, mereka mesti memohon permit daripada pihak berkuasa namun hanya 28 gram dibenarkan bagi setiap orang.

6. Uruguay

Uruguay menjadi negara pertama yang membenarkan penjualan ganja pada 2013.

7. Afrika Selatan

Pada 2018, Afrika Selatan membenarkan penggunaan ganja secara peribadi meskipun pernah mendapat tentangan daripada sistem perundangan dan pembangkang.

Kerajaan negara itu melihat ganja sebagai penyumbang ekonomi negara kerana ia boleh dijual sebagai ubat mengurangkan rasa sakit, ubat tidur dan rawatan wajah.

8. Belanda

Walaupun secara teknikalnya ganja adalah barang larangan di Belanda, tetapi pemilikan ganja kurang daripada lima gram adalah sah. Malah di negara itu adalah perkara biasa melihat ganja di jual di kedai kopi.

Individu di Malaysia yang mempunyai lebih 200 gram marijuana boleh dikenakan hukuman mati atas sabit kesalahan mengedar dadah, manakala mereka yang mempunyai 50 gram ke bawah boleh dikenakan hukuman penjara setinggi 10 tahun.

Undang-undang yang mengharamkan kanabis di Malaysia telah wujud sejak zaman pra-kemerdekaan lagi, menerusi Ordinan Dadah Merbahaya 1952 yang diperkenalkan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain