SETIAP kali hari raya, bahagian dapur paling sibuk apabila pelbagai jenis juadah dimasak untuk dihidangjan kepada tetamu yang datang bertandang. Maka tidak hairanlah bahagian itu juga paling kotor dan bersepah apatah lagi tahun ini, ramai yang kelam-kabut menyiapkan juadah ekoran raya 'mengejut'. ARTIKEL BERKAITAN: Raya 'single' lagi? Jangan sentap kalau ditanya fasal jodoh... Ini tip tepis soalan sensitif dengan penuh gaya! Kerja-kerja membersihkan dapur biasanya dilakukan selepas semua ahli keluarga pulang dan ini beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi memastikan ia kembali berkilat seperti baharu. Bukan sahaja dapur anda kelihatan berkilat, tetapi proses pembersihan ini juga akan mengurangkan pengembangan bakteria seperti E.coli dan listeria yang berbahaya. 1. Sampah Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian ketika membersihkan dapur adalah mengasingkan sampah untuk dikitar semula seperti botol kaca, plastik dan tin aluminium. Penting juga untuk mengasingkan sampah sisa makanan agar dapur tidak berbau busuk. 2. Mencuci pinggan Setiap kali hari raya, pastinya kita akan menggunakan koleksi pinggan mangkuk yang istimewa dan sebelum menyimpannya kembali, pastikan ia dicuci dengan bersih. Sebaik-baiknya, rendam dengan air sabun dan kulit lemon terlebih dahulu untuk menghilangkan bau busuk yang mungkin melekat pada pinggan. 3. Dapur gas Dapur gas adalah tempat paling kotor kerana di situlah aktiviti memasak dilakukan sehingga meninggalkan kotoran termasuk di bahagian dinding. Jangan bimbang, bancuh pencuci pinggan dengan cuka putih dan gosok dapur gas anda sehingga berkilat. 4. Membersihkan lantai Sepanjang hari raya, lantai dapur memang melekit dan berminyak - seperti mencuci dapur gas, campurkan pembersih lantai dengan cuka putih untuk membantu menghilangkan minyak, bau dan membuatkan lantai dapur anda berkilat. 5. Meja makan Bagi membersihkan meja makan pula, anda boleh mencampurkan baking soda dan jus lemon dengan air suam sebelum mengelap. Lihat sendiri hasilnya, pasti berpuas hati! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI