suria

Lapuk! Jangan tulis mahir guna Microsoft Office... Ambil tahu cara terkini buat resume demi tambat hati bakal majikan

• Easy Customizable and Editable • Professional Resume template in A4 Design • 300 DPI Resolution • Print Ready Format • Working File_ Microsoft office 7 version

MENDAPATKAN kerja bukan suatu perkara yang mudah. Apalagi, jika ini adalah pengalaman pertama anda terjun ke dunia pekerjaan.

Menurut laman New York Fed, dalam sedekad ini pelbagai peluang pekerjaan disediakan bagi generasi milenial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai masih kurang mahir guna MS Excel, ini kelebihan dan kekurangannya

Jadi, apa yang perlu anda perlu fokus adalah menyediakan resume sebaik mungkin untuk mempersembahkan perwatakan dan kebolehan anda.

Dipetik daripada Independent, berikut adalah empat perkara yang perlu dititikberatkan sebelum menghasilkan resume.

How-To-Print-Passport-Size-Photos-On-A-4-6-Page

1. Gambar

Para ahli bersetuju untuk menampilkan gambar di dalam resume. Namun, ada sesetengah pengecualian dalam menyediakan gambar di dalam resume.

Seorang ahli kerjaya, Carolyn Betts Fleming bersependapat mengenai isu ini.

Dia mengatakan jika tidak menyediakan gambar, sekurang-kurangnya sertakan tautan profil LinkedIn supaya orang atau ahli syarikat dapat melihat gambar anda.

Cara ini sangat efektif kerana dengan jumlah ruang yang terbatas di dalam resume membuatkan tidak dapat memuatkan gambar.

Hr managers interviewing job applica

2. Tujuan kerjaya

Ciri-ciri resume yang dulu sangat popular kini sudah usang. Para ahli mencadangkan untuk beradaptasi dengan fenomena pencarian kerja saat ini dan tidak perlu lagi menggunakan cara penulisan.

CEO di Professional Resume Services, Erin Kennedy, mengatakan perkara pertama yang menonjol dalam pembikinan resume adalah tujuan seseorang memohon kerja.

"Namun, menyatakan tujuan memohon kerja dalam resume itu berlaku di tahun 1990an," katanya.

Dia bercerita jika pada zaman tersebut, dia selalu menyatakan tujuannya bekerja dalam resume yang akan digunakan olehnya untuk memohon kerja.

Sebaliknya pada zaman sekarang, cadangan yang sesuai untuk meletakkan informasi dalam resume adalah menulis secara ringkas tentang kerjaya dan memasukkan lima ke enam senarai yang merangkumi pencapaian dan kemahiran anda.

• Easy Customizable and Editable • Professional Resume template in A4 Design • 300 DPI Resolution • Print Ready Format • Working File_ Microsoft office 7+ version

Ciri- ciri resume yang baik mampu menarik minat majikan untuk bekerja di syarikatnya.

Jurulatih pengurusan kerjaya bertauliah, Joellyn Wittenstein Schwerdlin, juga menyarankan agar tidak menuliskan tujuan memohon kerja.

"Tinggalkan tujuan memohon kerjaya seperti 'mencari posisi yang mencabar dalam organisasi progresif' atau apa-apa yang seirasnya," katanya.

Tambahnya, pengurusan tidak peduli dengan apa yang diinginkan daripada calon. Mereka hanya pedulikan kebolehan calon dalam menguruskan masalah di dalam syarikat.

Ms Schwerdlin mengatakan pencarian kerja seharusnya mempertimbangkan pertukaran tujuan dengan tajuk utama yang menunjukkan profession atau bidang yang diinginkan oleh calon.

Ini boleh mencerminkan profesionalisme dan pengalaman bagi setiap calon.

Out of work_ Here's how to deal with bills you can’t pay

3. Menulis data orang yang memberikan rujukan

Sama seperti menulis tujuan, cara ini juga sudah lapuk dek zaman.

Menurut CEO dari A Success Success Career, Georgia Adamson, menulis data orang memberi rujukan dadalah perkara yang tidak perlu dan memakan ruang yang berharga dalam resume.

4. Kemahiran yang tidak perlu atau tidak relevan

Resume seharusnya selalu diperbaharui dan mencerminkan keperibadian yang akan membuatkan kita sepadan dengan pekerjaan tertentu.

Jadi, resume yang anda tulis haruslah memasukkan penglibatan yang menunjukkan anda akan membantu syarikat yang anda inginkan, bukan hanya mengharapkan pengetahuan yang dimiliki oleh calon.

"Pemohon kerja tidak boleh memasukkan apa pun ke dalam resume yang kelihatan ketinggalan zaman," ulas Adamson.

Microsoft-tools

Microsoft Office merupakan aplikasi yang banyak membantu menguruskan hal-hal pekerjaan dengan mudah.

Menurutnya, perkara yang ketinggalan zaman itu boleh berupa teknologi yang ketinggalan zaman dan kemahiran komputer yang sudah lama.

Jurulatih kerjaya eksekutif, Jane Cranston menjelaskan perkata utama yang harus ditinggalkan semasa membuat resume adalah menulis kebolehan menggunakan Microsoft Office.

"Jika anda fikir itu adalah kemampuan yang hebat, itu menandakan anda mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang teknologi di tempat kerja," ujar Cranston.

Cranston juga mencadangkan untuk tidak meletakkan kemahiran yang berhubung dengan kegiatan melancong atau berteater.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain