SEORANG lelaki enggan membenarkan bekas isterinya mengucapkan selamat tinggal kepada kucing peliharaan mereka sebelum wanita itu meninggalkan bandar selepas penceraian mereka. Dia bagaimanapun kini berasa bersalah dan meluahkan 'perasaan' itu kepada kucingnya. Lelaki itu bersama kucingnya, Burrito baru saja memulakan kehidupan bersama tanpa bekas isterinya, dan dia mendakwa tidak mahu si bulus kesayangannya dilanda kekeliruan. Dia mengakui bahawa dirinya bukan suami yang terbaik, dan dia juga bertanggungjawab sehingga membawa kepada keretakan rumah tangga mereka. Pasangan bersama kucing peliharaan sebelum penceraian mereka. -gambar hiasan foto Freepik Kedua-dua mereka telah membahagikan aset dan harta benda tanpa sebarang masalah. Namun, hanya satu perkara yang masih tinggal sekarang iaitu kucing peliharaan mereka. Bekas isterinya mahu berpindah dari bandar di mana mereka pernah tinggal bersama semasa berkahwin dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kucing mereka sebelum pergi. ARTIKEL BERKAITAN: Kucing boleh 'baca' hati tuannya? Ketahui kelebihan pelihara haiwan ini dari sudut psikologi, kesihatan Dia bagaimanapun enggan membiarkan bekas isterinya berbuat demikian kerana tidak mahu Burrito 'menghidunya semula dan menunggunya untuk kembali.' Seorang lelaki kini tinggal bersama kucingnya selepas bercerai dengan isteri. -gambar hiasan foto Freepik Bercakap kepada Reddit, pemilik si bulus itu bertanya kepada orang lain sama ada mereka berpandangan bahawa caranya adalah salah atau tidak, dan sama ada dia sepatutnya memberi peluang kepada bekas isteri untuk bertemu dan memeluk Burrito buat kali terakhir. Seorang pengguna u/SomnolHarsh berkata: "Kami tinggal berasingan selama dua bulan dan katanya mahu meninggalkan bandar esok dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kami, Burrito. "Saya akhirnya fikir saya dan Burrito berasa tenteram kerana ia tidak perlu mencarinya lagi, menunggu dia kembali atau menunggu di depan pintu. Kami ada jadual kami sekarang. "Jadi saya katakan tidak, saya tidak mahu dia menghidunya lagi dan menunggu dia kembali. Atau saya meluahkan perasaan saya pada kucing sebagai alasan untuk tidak berjumpa dengannya lagi? Kerana dia hanya berkemas dan pergi tanpa berfikir untuk mengambil kucing atau membincangkan tentang perkara itu (kucing)," katanya. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI