SIAPA yang tak geram kalau sesuatu yang kita buat tidak menjadi. Tidak dinafikan buat sendiri (DIY) memerlukan kerajinan dan kesabaran. Mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, tapi realitinya tidak ramai yang mampu melakukannya. Itu belum lagi barang atau peralatan yang kita gunakan, kadang-kadang macam tak masuk akal tapi berguna. Jom cuba tip DIY ini yang mungkin pelik di mata anda, tapi berkesan dan menjimatkan kos. Belum cuba, belum tahu. Cecair pembasmi kuman. Freepik Prostooleh 1. Rak kasut gantung Guna rak kasut gantung (jenis yang tergantung di pintu) untuk menyimpan peralatan pembersihan di pantri anda. 2. Cecair pembasmi kuman Guna cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer bagi membantu menanggalkan kesan degil gam daripada label. Rak kasut gantung. foto Fashionable Home 3. Buah oren, limau Setiap kali anda makan buah oren atau limau, buang kulitnya ke dalam tong sampah untuk penyahbau yang semula jadi. 4. Pengelap cermin tingkap Gunakan pengelap cermin tingkap (window squeegee) untuk mengeluarkan bulu haiwan daripada karpet. Kulit buah oren. 5. Ubat gigi pemutih Gunakan ubat gigi pemutih untuk menanggalkan kotoran dari perak tanpa menjelaskan lapisannya yang cantik. 6. Aspirin Mahu menyimpan bunga segar lebih lama sedikit? Tambahkan dua biji aspirin dan tuang ke dalam air, atau menggunakan air minuman 7-up dan bukannya air. Ubat gigi pemutih. foto Freepik / Racool Studio 7. Sos Pedas Gunakan sos pedas untuk menggilap tembaga 8. Sarung kaki wanita Letakkan sarung kaki di atas hos vakum untuk mencari benda-benda kecil tanpa menyedutnya masuk ke dalam perkakas itu. Sarung kaki wanita yang dipaksa pada hos vakum. foto heirlume.com 9. Kacang walnut Gosokkan kacang walnut pada perabot yang rosak untuk menutup kesan berlubang. 10. Tisu tandas Tanggalkan kotoran lilin dengan meletakkan tisu tandas di atas kotoran itu dan menyeterikanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI