suria

Rimas dapat mesej ‘spam’? Tak payah stres padam satu persatu, sekat saja dengan 3 langkah mudah ini

Mesej 'spam' boleh disekat dengan mudah. Gambar hiasan.

BAGI pengguna iPhone, pasti anda sering terima mesej yang pelik-pelik menerusi iMessage.

Macam-macam mesej yang 'masuk' seperti tawaran cabutan bertuah dan sebagainya.

Paling menjengkelkan, kebelakangan ini banyak pula mesej yang menawarkan pekerjaan di TikTok. Sudah tentu rasa geram dan annoyed!

Tapi jangan khuatir! Ada teknik yang boleh dilakukan untuk menyekat mesej-mesej aneh ini daripada terus mengganggu ketenteraman anda... tak perlu susah-susah nak padam satu persatu. Jom check!

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya game online, awas ada yang perhati! Ikuti langkah ini untuk pastikan anak selamat

1) Buka setting (tetapan). Scroll sehingga menemui Messages, atau boleh taip 'imessages' di ruangan pencarian. Klik ikon tersebut.

mesej 1

2) Klik 'Send & Receive'. Lihat arahan 'You can receive imessage to and reply from' seterusnya 'untick' pada bahagian emel anda.

mesej 2

3) Klik butang 'back', cari 'filter unknown senders'. Ia memudahkan anda melihat mesej yang diterima daripada senarai kenalan dan juga bukan kenalan.

mesej 3

Selamat mencuba! - soyacincau/ Fadzil Ashari

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain