SETIAP orang di dunia pasti tidak terlepas daripada bercakap bohong atau menipu. Pelbagai sebab mengapa seseorang bercakap bohong, boleh jadi kerana mahu menyelamatkan diri sendiri, mahukan perhatian dan sebagainya. Bagi sesetengah orang, biasanya akan timbul perasaan kurang selesa atau gelisah dalam diri selepas bercakap bohong, mungkin sebab ia dilakukan kerana terpaksa. Namun tahukah anda, ada individu yang 'ketagih' bercakap bohong walaupun dalam keadaan normal atau situasi tidak memerlukannya untuk menipu. Situasi individu begini disebut sebagai 'mythomania'. Mythomania bermaksud kelainan psikologi yang menyebabkan seseorang mempunyai perilaku berbohong secara terus-menerus dan dalam jangka waktu yang lama. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pakar pujuk ‘kaki sondol’, tawar servis ‘slow talk’ dengan perempuan simpanan henti kacau suami orang Apakah ciri-ciri mythomania? Terdapat beberapa perkara yang membezakan antara individu mythomania dan orang yang suka berbohong secara normal (bukan penyakit). Individu mythomania cenderung untuk berbohong walaupun dalam keadaan normal. Gambar hiasan Berikut adalah ciri-ciri mythomania: - Pembohongan mereka tidak mempunyai kelebihan tertentu - Kisah biasanya dramatik, rumit, dan sangat terperinci - Biasanya mereka menjadi penyelamat atau mangsa utama dalam cerita - Mereka percaya bahawa kisah mereka benar-benar berlaku - Pembohongan diceritakan berulang kali. Rawatan mythomania Tingkah laku mythomania sangat sukar untuk didiagnosis kerana terdapat banyak punca yang boleh mencetuskan kepada keadaan ini. Walau bagaimanapun, tingkah laku ini boleh diubati. Rawatan mythomania bergantung kepada sama ada ia adalah penyakit utama atau gejala penyakit mental yang lain. Rawatan secara amnya adalah psikoterapi yang disertai dengan ubat-ubatan untuk mencegah kebimbangan atau kemurungan. - Kompas.com/ suportsistem Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI