APABILA menginjak ke usia dewasa, kita semua perlu bekerja untuk mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Namun, ada dalam kalangan kita yang terbeban dengan komitmen itu sehingga sentiasa berasa resah untuk bangun pagi dan pergi bekerja setiap hari. Selain risau dibebani dengan pelbagai tugasan, mereka juga berdepan kesukaran untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Begitulah juga kerisauan yang disuarakan seorang individu di aplikasi TikTok, baru-baru ini. Pekerja dinasihati agar pandai menilai dan membaca situasi semasa di dalam pejabat. "Macam mana saya nak paksa diri blend in dengan orang pejabat? Saya introvert yang tak reti bergaul di persekitaran baharu," soal individu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kawan introvert? 5 perkara ini boleh bantu fahami personaliti rakan anda Menurut Ain Shahar yang popular dengan video perkongsian kerjaya dan kehidupan, ada empat petua yang boleh kita amalkan dalam mencari 'keserasian' di tempat kerja. 1. Stay true to yourself Individu yang introvert dinasihati agar sentiasa relaks dan tidak berpura-pura menjadi diri orang lain. Sebaliknya, sentiasa pamerkan versi diri anda yang sebenar. 2. Bercakap apabila perlu "Kamu kena bercakap apabila perlu sahaja. Di dalam pejabat, ia lain sedikit. Kalau boleh kita ni janganlah terlalu banyak bercakap. Jangan ketinggalan untuk mengikuti sebarang aktiviti yang perlu dilakukan bersama rakan-rakan sekerja. "Ini kerana apabila kita ni banyak sangat bercakap, kita cenderung untuk mengeluarkan fakta yang salah, benda yang salah, benda yang mengarut. "Lebih banyak anda bercakap, lebih banyak anda terdedah kepada kesalahan. Cakap apabila perlu, apabila ditanya atau memerlukan pendapat yang kamu ada kepakaran," ujar Ain Shahar dalam video yang meraih 75,000 tontonan itu. 3. Pandai baca suasana Pekerja yang introvert dinasihatkan agar bijak menilai dan membaca suasana di tempat kerja. Sekiranya suasana gembira, anda juga perlu gembirakan diri, atau sekurang-kurangnya buat-buat gembira. Paling penting, jangan berpura-pura, sebaliknya tunjukkan diri anda yang sebenar. Begitu juga ketika pejabat berada dalam suasana tegang. Paling penting, anda kena bertindak mengikut suasana. "Ikut keadaan dan emosi persekitaran macam mana," pesannya lagi. 4. Hadir Kalau ada meeting, outing, lunch dengan kawan-kawan, anda perlu hadir. Janganlah duduk menyendiri. Asalkan anda sertai. Menurut Ain Shahar lagi, petua itu bukan sahaja terpakai untuk pekerja yang introvert, malah boleh juga diamalkan buat mereka yang baru bekerja. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI