DUA negara berbeza, satu misi yang sama! Begitulah gambaran semangat muhibah anak muda Malaysia dan Singapura yang sama-sama berjuang memperkenalkan aggressive inline skating dalam arena sukan ekstrem hari ini. Pada Jumaat malam, majlis tayangan perdana empat filem pendek Inline Skate Whole Projek diadakan serentak di Homebois Pitstop, Petaling Jaya dan 7 Gambas Crescent, Singapura. Antara yang hadir memeriahkan sesi tayangan di Malaysia. Majlis yang julung kali diadakan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa skater dari Singapura yang mahu merasai sendiri kemeriahan tayangan di Malaysia. Menurut Pengasas Whole Projek, Memen Mansor, 34, tayangan itu dibuat bagi memperkenalkan kewujudan sukan ekstrem ini di Malaysia dan Singapura, seterusnya menarik lebih ramai bakat-bakat baharu untuk menyertainya. “Lebih ramai lebih meriah. Tak kira lelaki atau wanita semuanya dialu-alukan untuk menyertai sukan ini. Pengasas Whole Projek, Memen Mansor. "Kami sebenarnya mahukan pelapis baharu supaya sukan ini semakin berkembang pada masa akan datang," ujarnya ringkas kepada mStar. Tiga filem pendek Malaysia yang ditayangkan adalah The Mansor ll hasil karya Afiq Mansor, Sweet Mess (Shazrul dan Qari) serta Blading Nusantara ll (Arel). Singapura pula mempertaruhkan karya Taman Jurong Blade Club (TJBC). Malaysia mempertaruhkan tiga karya filem pendek menerusi tayangan julung kali itu. Kesemua karya digarap berdasarkan pelbagai genre dalam sukan itu yang menampilkan gaya skating di skatepark, street skating, dan juga skating sambil melancong. Filem pendek tersebut turut dimeriahkan dengan penampilan khas pemain inline skate dari semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Singapura dan Indonesia. Bagi yang tidak tahu, aggressive inline skate merupakan sukan yang berbeza daripada sukan rollerblade biasa. Pasukan dari Singapura yang terlibat dalam pembikinan filem pendek TJBC. Ia memerlukan kemahiran seperti melompat dan grind yang dilakukan di skatepark atau rintangan yang boleh dijumpai di jalanan, berbeza dengan rollerblade yang sering dilakukan sebagai aktiviti riadah semata-mata. Sesiapa yang berminat untuk mempelajari sukan esktrem itu juga dialu-alukan untuk menghubungi Rolling Academy Malaysia menerusi Instagram rasmi mereka @myrollingacademy. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI