suria

Labur sikit, pasang dashcam dalam kereta... Ini 4 peranti pilihan siap spesifikasi sebagai panduan

Rakaman daripada dashcam Janna Nick dijadikan bukti bagi kejadian rompakan pada Mei lalu.

KAMERA papan pemuka atau dashboard camera (dashcam) merupakan peranti perakam yang sering diletakkan di dalam kenderaan dan dikategorikan sebagai item 'wajib' masa kini.

Meskipun ramai yang beranggapan tiada keperluan untuk memasangnya, namun peranti yang bertindak sebagai CCTV (kamera litar tertutup) ini sebenarnya boleh membantu anda jika terjadi sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Ini kerana, setiap rakaman yang direkodkan boleh dijadikan bukti utama sama ada membabitkan anda mahupun orang lain.

Ingat lagi kejadian seorang penyampai berita yang diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap keretanya?

Mujur pelakon Janna Nick memuat naik rakaman video kejadian sekali gus membantu pihak berkuasa mengesan suspek.

Mahu pasang tapi harganya pula level kayangan... usah risau, menerusi segmen kali ini, mStar berkongsikan beberapa jenis dashcam mampu milik yang mempunyai spesifikasi terbaik untuk anda. Pasti berbaloi!

70mai

1. 70mai M300

Bentuknya saja kelihatan canggih dan menarik.

Meskipun bersaiz compact, kualiti video yang dirakam masih jelas dengan resolusinya 2304 x 1296P.

Sekurang-kurangnya anda masih boleh mendapatkan nombor plat kenderaan di bahagian hadapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana paparan kamera dashcam ini adalah seluas 140 darjah yang dapat memastikan visual untuk tiga lane jalanraya dirakam dengan lancar.

Selain itu, model 70mai M300 mempunyai parking mode yang akan diaktifkan sekiranya kereta anda dilanggar dan rakaman akan dimulakan secara automatik.

Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM239.

500s

2. 70mai A500S

Reka bentuk bagi model ini juga menarik dan merupakan model yang 'laku keras' kerana kualiti videonya sangat tinggi iaitu 2.7k (2592 x 1944P) yang membolehkan imej dan video pada waktu malam dilihat jelas.

Selain mempunyai kamera di bahagian belakang, ia turut dilengkapi dengan GPS, ciri keselamatan ADAS iaitu mode sensor yang membantu memberi amaran pelanggaran.

Parking mode juga akan diaktifkan apabila berlakunya perlanggaran.

Harganya sekitar RM429.

800s

3. 70mai A800S

Bagi kualiti video 4k, model ini adalah paling murah yang boleh diperolehi.

Semestinya, kualiti video tidak diragui kerana sangat cantik dan jelas.

Ia juga lengkap dengan kamera belakang serta GPS dan ADAS.

Harga yang ditawarkan adalah RM599.

ddpi

4. DDPAI Z40

Untuk anda yang sentiasa parkir di kawasan terdedah cahaya matahari, model jenis DDPAI Z40 adalah pilihan terbaik kerana ia direka khas untuk kenderaan yang parkir di tempat panas.

Ini kerana, bateri super kapasitor yang disediakan adalah jenis tahan panas.

Pun begitu, meskipun harganya RM529, kualiti video yang ditawarkan adalah 2.7k.

Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang.

Cara memilih dashcam

Jadi, jika anda memmpunyai bajet yang lebih, apa kata laburkan pada model dashcam yang mempunyai resolusi 2K ke atas.

Bagi kategori ini semestinya ruang storan lebih besar diperlukan untuk menyimpan video.

Bagaimanapun, model yang mempunyai sekurang-kurangnya 720p sudah cukup bagus kerana ia boleh memastikan rakaman imej mahupun video adalah jelas.

Apa sahaja pilihan anda, yang pasti aksesori ini wajib diletakkan di dalam kereta sebagai pelindung peribadi!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain