WHATSAPP tampil dengan kemaskini terbaru! Kali ini, penggunanya boleh mengekspresikan emosi dan personaliti maya mereka dengan lebih menyeronokkan apabila ciri avatar ditawarkan di platform permesejan tersebut. Menerusi ciri terbaharu itu, pengguna WhatsApp boleh menghasilkan salinan diri secara digital berdasarkan berbilion kombinasi yang ditawarkan oleh platform tersebut yang merangkumi gaya dandanan rambut, raut wajah dan pakaian. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh menggunakan avatarnya untuk dijadikan sebagai gambar profil atau memilih salah satu daripada 36 sticker buatan sendiri untuk menggambarkan pelbagai jenis emosi dan aksi. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih mudah cari semula mesej lama di WhatsApp dengan ciri baharu ‘Chat Search’ Lebih menyeronokkan, penghantaran avatar adalah cara terpantas dan 'fun' untuk berkongsi perasaan dengan rakan dan keluarga. Ia juga boleh menjadi cara yang bagus untuk mewakili diri anda tanpa menggunakan foto sebenar supaya ia terasa lebih peribadi. WhatsApp juga memaklumkan akan terus mempertingkatkan pembaikan penyampaian termasuk pencahayaan, bayang-bayang, tekstur gaya rambut dan banyak lagi yang akan menjadikan avatar lebih baik dari semasa ke semasa. Sebagai maklumat tambahan, ciri Avatar sudah boleh diakses meluas bermula 7 Disember lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI