suria

Ini 7 jenis tabungan ringkas untuk orang gaji rendah! Boleh pergi melancong atau nikah dalam tahun 2023

Ketahui tujuh jenis tabungan mudah untuk misi menyimpan wang dalam tahun 2023.

SEJAK kecil kita diajar untuk berjimat-cermat dalam berbelanja.

Malah, ramai dalam kalangan kita turut dididik dengan amalan menabung yang mana wang simpanan itu boleh digunakan apabila berlaku kecemasan pada masa depan.

Apabila dewasa, ramai yang masih mengekalkan amalan itu termasuklah yang mengumpul wang demi mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, laman Facebook Direct Landing turut berkongsi tujuh jenis tabung yang mudah untuk mereka yang mempunyai gaji rendah.

1. Tabung auto deduction

Buka dua akaun simpanan - satu gaji, satu simpanan. Bila gaji dah masuk, buat auto deduction (penolakan) terus dari akaun gaji ke akaun simpanan. Cuma, jangan sesekali sentuh akaun simpanan itu melainkan ada kecemasan.

2. Tabung duit RM5

Setiap kali ada duit RM5, asingkan dan terus simpan dalam tabung. Letakkan syarat kepada diri seperti tabung hanya boleh dibuka selepas enam bulan.

3. Tabung duit ganjil

Ada duit RM1, RM5 atau RM20, asingkan dan terus masuk dalam tabung. Untuk bermula, cuba teknik ini sebulan. Cuma kalau ikut teknik ini, amaun setiap bulan mungkin berubah-ubah.

TMP_2695

Ramai dalam kalangan kita turut menabung bagi mendirikan rumah tangga. Foto: Mohamad Hafiz Shaharudin.

4. Tabung duit syiling

Belajar simpan duit syiling dulu jika rasa wang kertas susah untuk disimpan. Teknik ini sesuai untuk yang tak suka letak duit syiling dalam dompet. Nak simpan 50 sen saja pun okay, ikut diri masing-masing.

5. Teknik sampul surat

Labelkan setiap sampul surat ikut 'portion'. Masuk duit dalam sampul surat dan gunakan duit tu sampai hujung bulan. Bulan depan, guna balik sampul surat ini, jangan membazir.

6. Cari tukang simpan

Pastikan si dia tu seseorang yang dipercayai. Bila dah berikan duit kepada orang lain untuk simpanan, pasti rasa payah nak minta balik kan? Lama-lama berkumpullah duit tu.

7. Simpan duit pasangan

Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda ya. Paling-paling simpan dengan mak, ni confirm selamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain