suria

Pantang nampak duit hijau, terus ‘rembat’! Suami kongsi cara isteri menabung, setahun kumpul lebih RM1,000

Suami pergi ke bank untuk menyimpan duit dikumpul isterinya.

KEBANYAKAN isteri suka menabung secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami.

Amalan itu sudah menjadi kelaziman bagi wanita yang suka menyimpan wang bagi tujuan kecemasan atau membeli sesuatu yang dikehendaki.

Malah, terdapat satu trend menabung yang mana seseorang itu hanya mengumpul wang kertas atau syiling dengan nilai sama.

Sebagai contoh, setiap kali mendapat duit kertas RM5 dari mana-mana kedai, wang itu akan diasingkan sebelum disimpan dalam satu tabung.

Ramai memilih wang kertas RM5 untuk disimpan mungkin disebabkan nilainya tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

Trend mengumpul wang kertas dengan warna sama sangat popular.

Bukan itu sahaja, wang kertas berwarna hijau ini juga paling jarang dilihat berbanding wang kertas warna lain.

Sebagaimana hantaran dibuat Daleel Ibnu Idros, dia mendedahkan isterinya berjaya menabung secara senyap-senyap dalam tempoh satu tahun.

"Ini hasil kerja keras isteri saya. Setahun punya kerja dia dapat kutip RM1,050.

"Isteri saya ni jenis tak boleh nampak duit RM5. Mesti dia terus simpan," ujarnya dalam hantaran yang tular.

Daleel berkata, dia bagaimanapun tidak memarahi isterinya walaupun sedar adakalanya wanita itu mengambil 'duit hijaunya' dalam diam.

Isteri sering ambil duit milik suami secara senyap-senyap. -Gambar hiasan

Malah, dia berharap dengan meredai cara isterinya ini, rezeki keluarganya akan lebih bertambah.

"Kutipan dari dompet si suami," katanya.

Dalam hantaran dibuat, lelaki ini turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya menyimpan dengan bijak sama seperti dilakukan isterinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain