CUACA panas membuatkan ramai antara kita bergantung harap kepada pendingin hawa. Justeru tak dapat bayangkan bagaimana hendak memandu kenderaan sekiranya pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik secara tiba-tiba! Pasti anda pernah berada dalam situasi di mana aircond akan berfungsi dengan baik ketika kereta sedang bergerak. Namun apabila tiba di lampu isyarat, haba panas mula dirasai, berbeza ketika kereta sedang bergerak. Ia bermaksud idling aircond berada dalam keadaan tidak stabil. Cuaca panas menambahkan lagi bahang sekiranya pendingin hawa rosak. Sebenarnya apa punca perkara seperti ini boleh berlaku? 1. Kerosakan pada motor kipas (radiator cooling fan motor) Kipas yang merupakan komponen cukup penting ini kebiasaannya akan dapat dilihat apabila ruang compartment enjin di buka. Terdapat beberapa jenis kereta mempunyai dua jenis motor kipas iaitu kipas radiator dan kipas aircond. Kipas tidak berpusing dengan baik boleh berpunca daripada masalah fius yang rosak. Tidak kurang juga kerosakan pada kipas itu sendiri selepas beberapa tahun digunakan. Kipas tidak berpusing dengan baik boleh berpunca daripada masalah fius yang rosak. 2. Kekurangan gas Apabila kandungan gas dalam penghawa dingin berkurangan maka compressor tidak dapat menyejukkan aircond ketika berhenti. Manakala apabila kereta bergerak compressor akan bekerja lebih kuat mengepam gas yang tinggal. Sekiranya kehabisan gas, aircond tidak akan berasa sejuk. Lebih parah, kekurangan gas secara tiba-tiba pula boleh disebabkan berlakunya kebocoran di bahagian cooling coil atau compressor itu sendiri. Compressor adalah komponen alat ganti yang paling mahal dalam sistem aircond kereta. 3. Kerosakan compressor Jika berlaku kerosakan pada bahagian alat ini, ia merupakan satu senario yang paling teruk dan cukup mahal untuk dibaiki. Hasil carian di internet mendapati bahawa sebuah compressor dijual pada harga sekitar RM950. Bukan hanya compressor sahaja yang bocor, poket anda juga turut bocor sama! Kebiasaannya kerosakan compressor boleh berlaku selepas 7 hingga 10 tahun kereta digunakan. Untuk elakkan kerosakan compressor lebih cepat, lakukanlah servis flushing sekurang-kurangnya setahun sekali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube