suria

Sayangilah kenderaan anda! Ini penjelasan kenapa perlu wax kereta, segera cuci selepas hujan

Pemandu dinasihatkan mencuci kereta selepas hujan untuk membilas asid yang boleh merosakkan cat.

KEBANYAKAN pemilik kereta hanya tahu memandu dan tidak mempunyai pengetahuan lengkap tentang tip penjagaan kenderaan mereka.

Boleh dikatakan masih ramai yang tidak tahu bahawa air hujan sebenarnya boleh menjejaskan warna cat pada bahagian luar kereta.

Berikut merupakan empat tip penting buat pemandu yang dikongsi oleh Pakar Tayar Kereta:

1. Cuci kereta selepas hujan

Ramai yang memilih untuk tidak mencuci kereta semasa musim hujan. Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh menghakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta.

Proses ini tidaklah berlaku sekelip mata, namun dikatakan tidak bagus untuk cat kereta dalam jangka masa panjang.

car3

Kebersihan kereta perlu dijaga agar kualiti cat dapat kekal lama.

Jadi selepas hujan, seeloknya kita sembur air paip pada kereta untuk bilas air hujan yang masih melekat.

Sama konsepnya juga seperti manusia. Kalau tuan punya kereta terkena hujan, dah balik rumah mesti nak mandi cepat-cepat kan? Takut nanti demam kata orang tua.

Begitu juga kereta. Lepas dah kena hujan, elok 'dimandikan' lagi.

2. Wax kereta secara berkala

Penggunaan wax sangat penting untuk keutuhan cat kereta. Tak kisah jika anda mahu menggunakan wax yang mahal, murah atau wax DIY yang dihasilkan sendiri. Janji wax kereta sebagai pelindungan.

Lapisan wax mampu melindungi cat kereta daripada terkena asid dalam air hujan. Malah, kotoran juga sukar untuk melekat dengan adanya lapisan wax. Paling penting, ia dapat mengelakkan pembentukan watermark pada badan kereta.

3. Lap kereta dengan kain khas

Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Microfiber mempunyai banyak jenis. Kain lap kaki pun ada. Jadi, pilihlah kain yang sesuai.

car2

Bahagian tayar juga perlu diberi perhatian kerana ia banyak memerangkap pasir dan lumpur.

Seeloknya jangan guna kain lama yang buruk. Kain yang lama akan bertukar keras dan akan menjadi perangkap habuk pasir. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya calar-calar halus pada kereta.

4. Bersihkan rim dan tayar

Selepas hujan, pemilik disaran agar menyembur air pada bahagian rim dan tayar kereta. Ini kerana hujan boleh menyebabkan kotoran seperti lumpur dan pasir melekat pada bahagian tersebut.

Sekiranya dibiarkan lama, ia juga boleh menyebabkan karat. Sebaiknya, cuci dua minggu sekali untuk menghilangkan minyak-minyak yang melekat pada rim agar ia nampak lebih berkilat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain