suria

Makin rajin ‘kutip mileage’ dengan adidas Switch FWD... Lonjakan midsole bantu pelari kasual capai sasaran!

Switch FWD mampu memberi kesan lonjakan ke hadapan dengan efektif ketika larian.

LARIAN adalah aktiviti sukan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja mengikut kesesuaian.

Seakan mula menjadi trend dan gaya hidup, aktiviti ini bagaimanapun tidak seringkas dulu.

Selain mengaplikasikan teknik larian yang betul, pemilihan baju, seluar, kasut mahupun aksesori akan membangkitkan ‘mood’ sekali gus membantu anda mencapai sasaran yang ditetapkan.

Bagi pelari kasual atau yang baru berjinak-jinak, larian di atas treadmill mahupun ‘outdoor’ akan lebih menyeronokkan jika anda mengenakan kasut yang sesuai.

Apabila menerima sepasang kasut adidas Switch FWD yang baharu sahaja dilancarkan pada penghujung Julai lalu, saya dimaklumkan model ini sesuai digunakan untuk larian kasual dan berjarak dekat.

Sekilas pandang daripada luaran, rekaannya memberi satu ilusi seperti anak panah menghala ke hadapan sesuai dengan namanya, Switch FWD.

photo_2023-08-23_01-39-21 (3)

Rekaannya memberi satu ilusi seperti anak panah.

Namun ternyata ia bukan hanya sekadar mainan minda kerana bahagian midsole kasut yang menggunakan kompaun span EVA ini sememangnya mampu memberi kesan lonjakan ke hadapan dengan efektif ketika larian.

Selain itu kesan lantunan yang melonjak ke hadapan juga mungkin disokong daripada rongga besar di bahagian tengah hingga menghasilkan larian yang lebih lancar dan cukup selesa.

Walaupun bahagian midsole agak sedikit tinggi, namun ia sangat stabil ketika melalui di laluan yang tidak rata.

photo_2023-08-23_01-39-21

Rekaannya membuatkan ia stabil ketika melalui di laluan yang tidak rata.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan model terbaharu daripada adidas ini sangat sesuai dijadikan kasut larian harian.

Jadi jika anda seorang pelari yang 'mengutip' millage sekitar 10 kilometer seminggu, Switch FWD adalah pilihan yang tepat.

Ia adalah 'tool' yang diperlukan oleh seorang pelari kasual.

photo_2023-08-23_01-39-21 (2)

adidas Switch FWD menampilkan rekaan yang unik namun praktikal.

Sementara itu di bahagian atas, Switch FWD dihasilkan dengan mesh upper yang direka selaras dengan kaki anda hingga memberi kesan 'dakapan' pada kaki.

Pada bahagian tapak pula, seperti sebelum ini adidas bekerjasama dengan pengeluar getah berkualiti tinggi iaitu Continental.

Jadi sudah pasti ia mampu memberi cengkaman yang baik ketika melakukan larian di treadmill atau outdoor namun bukan di atas tanah lembut.

Kasut adidas Switch FWD ini didatangkan dalam warna putih/silver violet dengan kemasan lucid lemon untuk wanita manakala putih/biru dengan kemasan lucid lemon untuk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain