suria

Buat ‘perangkap’ sendiri guna gula dan baking soda, habis mati semua lipas di rumah

Terdapat dua bahan boleh digunakan untuk membunuh lipas.

SEBUT sahaja perkataan lipas sudah cukup untuk membuatkan orang ramai berasa takut dah geli terhadap serangga perosak itu.

Ada kalanya perangkap dan racun serangga yang dibeli di pasar raya tidak berkesan terhadap haiwan itu yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Mana tidaknya, lipas yang gemar merayap di dalam rumah ini terutama di kawasan dapur suka merayau di tempat-tempat kotor malam terdapat cacing halus di dalam perutnya.

Tetapi jangan risau kerana ada cara membuat perangkap sendiri menggunakan dua bahan yang tersedia di rumah.

Kaedah tersebut dikongsikan oleh Iza Abu Bakar menerusi hantarannya di grup Petua Cantik Dan Sihat di Facebook.

553

Lipas merupakan haiwan perosak yang ditakuti ramai dan menggelikan.

Bahan-bahan:

1. 1 sudu baking soda

2. 1 sudu gula putih

Cara-cara:

1. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dalam satu bekas

2. Gaul sebati

3. Letakkan bekas tersebut di kawasan gelap yang menjadi laluan lipas

1346280

Penggunaan racun serangga ada kalanya tidak berkesan untuk lipas.

Menurut Iza, selain meletakkan campuran itu di kawasan gelap, anda juga boleh menaburnya di laluan lipas.

Sebagaimana dijelaskan, gula berfungsi untuk menarik minat lipas.

Namun, serangga perosak ini akan mati disebabkan oleh baking soda yang telah digaulkan bersama gula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain