suria

Banyak karpet mungkin punca anda kerap bersin di rumah! Ini 4 tip jadikan kediaman bebas debu

Guna karpet jika perlu sahaja kerana ia merupakan hiasan rumah yang paling mudah memerangkap habuk.

JIKA anda kerap bersin, itu mungkin satu petanda rumah perlu dibersihkan segera!

Jika dibiarkan, habuk dan debu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar boleh membawa banyak risiko kesihatan kepada penghuni rumah atau tetamu yang bertandang.

Berikut merupakan empat tip yang dikongsi pengguna TikTok Ulfamarryee agar rumah anda sentiasa bebas debu dan habuk.

1. Elak letak barang atas almari

Pada kebiasaannya, barang-barang yang jarang dipakai akan disimpan di dalam stor. Namun tak semua rumah mempunyai stor atau ruang penyimpanan khusus justeru bahagian atas almari dijadikan 'sasaran'.

Barang-barang yang disimpan di atas almari sebenarnya boleh memerangkap habuk.

Tapi ramai yang tidak menyedari hakikat ini kerana barang-barang itu dibiarkan di ruang yang tinggi dan tidak dapat dilihat.

Sebaiknya, elak simpan barang di atas almari. Jika tiada pilihan, barang-barang itu sebaiknya dibungkus menggunakan plastik atau diletak di dalam kotak.

debu2

Sentiasa bersihkan rumah dan elak letak barang di atas almari.

2. Elak terlalu banyak karpet

Satu lagi petua, guna karpet secara berpada-pada. Elak letak karpet di semua ruangan dalam kediaman. Letak karpet pada ruangan yang perlu sahaja seperti di ruang tamu.

Elak penggunaan karpet di dalam bilik tidur anak-anak atau di dapur. Ini kerana karpet mempunyai sifat memerangkap habuk yang tinggi.

Karpet-karpet yang tidak digunakan boleh dilipat dan disimpan di ruangan tersembunyi. Anda juga digalakkan menyimpan karpet di dalam bungkusan plastik.

3. Rutin bersihkan rumah

Semua orang mempunyai kekangan masa dek kesibukan kerja serta hal-hal lain.

Namun sebagai penghuni yang mementingkan kebersihan, kita mestilah menjadikan aktiviti membersihkan rumah sebagai satu rutin.

debu3

Kelengkapan tidur juga perlu ditukar dengan kerap.

Untuk mengelakkan debu dan habuk, anda perlu mop dan lap rumah secara berkala.

Paling penting, mop dan lap kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti celah perabot, bawah almari dan sebagainya.

Jangan lupa untuk guna kain micro fiber yang memiliki daya serap tinggi.

4. Tukar kelengkapan bilik tidur secara berkala

Ramai sebenarnya tak sedar katil merupakan tempat yang paling mudah untuk memerangkap habuk.

Sebaiknya, tukar kelengkapan bilik tidur (cadar, selimut, sarung banta) secara berkala.

Kesemua kelengkapan tidur ini perlu dicuci dan ditukar sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu.

Dalam tempoh masa itu, boleh juga jemur kelengkapan tidur di bawah cahaya matahari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain