suria

Berbaloi ke bayar deposit tinggi untuk beli kereta? Pakar kongsi formula, buat dulu kiraan sebelum sign pinjaman

Pinjaman kenderaan memudahkan pengguna. -Gambar hiasan

KENDERAAN merupakan satu keperluan pada masa ini bagi memudahkan urusan seharian.

Memilikinya bukanlah semudah yang disangka meskipun anda layak berdasarkan perolehan pendapatan bulanan.

Ramai tidak sedar terdapat beberapa 'hidden charge' seperti insurans, cukai jalan, servis dan penyelenggaran yang perlu diambil kira selepas pembiayaan pinjaman anda lulus.

Jika tersilap beli, kos yang perlu ditanggung akan menjadi satu beban kewangan pula.

Menerusi hantaran tular, seorang lelaki berkongsi formula untuk membeli kereta seterusnya mengelakkan pembeli terbeban hutang dalam tempoh yang lama.

Pandangan yang diberikan Ammar Faris itu berdasarkan persoalan seorang individu yang ingin membuat bayaran deposit kereta sebanyak RM30,000 bagi Perodua Myvi model X 1.5 serta mengikat tempoh pinjaman selama lima tahun.

Kos penyelenggaraan perlu dikira bersama. -Gambar hiasan

Kos penyelenggaraan perlu dikira bersama. -Gambar hiasan

1. Harga kereta yang ingin dibeli sewajarnya tidak melebihi 12 bulan gaji

Kalau gaji individu itu sekitar RM5,000 sebulan, pendapatan setahun adalah RM60,000.

Harga belian Myvi 1.5X termasuk kos insurans dan cukai jalan adalah sekitar RM53,000.

2. Jika deposit dibayar lebih 20 peratus

Apabila dia berhasrat membayar deposit sebanyak RM30,000 iaitu lebih separuh daripada harga kereta impian, maka ia akan mengurangkan bebanan kewangan setiap bulan.

Seperti kiraan ini, (RM30,000/RM53,000) x 100 peratus = 56.6 peratus.

3. Pembiayaan bulanan kurang dari 15 peratus pendapatan

Kebiasaannya dia akan mengesyorkan supaya pinjaman dibuat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun sahaja.

Andaian kadar faedah yang dibuat adalah tiga peratus dengan deposit RM30,000.

Jadi bulanan adalah sebanyak RM400.58 sebulan.

Oleh itu, kalau mengikut kiraan yang dibuat, kos bulanan individu itu tidak membebankan.

Ammar Faris turut menasihati individu tersebut supaya tidak menggunakan duit simpanan kecemasan bagi membuat bayaran deposit yang tinggi.

Cata ini juga memberi keuntungan kepada pembeli apabila dia ingin menjual semula kereta selepas tempoh lima tahun berikutan bayaran pinjaman telah melebihi 90 peratus sekali gus membolehkannya menerima pulangan tunai (cash back) yang banyak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain