suria

Wanita kongsi cara buat cecair penghalau cicak, 3 minggu balik kampung rumah langsung tak ada tahi!

Ada cara mudah untuk menghalau cicak di rumah.

KEHADIRAN cicak dalam rumah sering menjadi masalah kepada penghuninya kerana haiwan ini akan mengotorkan dinding dan lantai dengan najisnya.

Selain itu, tahi cicak juga boleh menyebarkan bakteria yang mencemarkan persekitaran serta busuk baunya.

Walaupun pelbagai kaedah dikongsi di media sosial untuk menghalau cicak, kebanyakannya kurang berkesan, mahal atau melibatkan penggunaan bahan kimia yang memberi kesan sampingan kepada penghuni.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna TikTok, Nuruzzati Asmah, dia menemui penyelesaian kepada masalah ini dengan menggunakan tiga bahan dapur yang mudah diperolehi.

Masukkan semua bahan ke dalam botol sebelum digunakan.

Bahan-bahan dan sukatan

1. Satu cawan air

2. Setengah cawan cuka

3. Setengah cawan cecair pencuci pinggan

Cara penggunaan

1. Campurkan semua bahan ke dalam botol semburan.

2. Sembur di kawasan yang sering menjadi tempat cicak melekat, terutamanya di dinding.

3. Ulang semburan setiap dua minggu untuk kesan lebih efektif.

Menurut Nuruzzati, cecair ini tidak akan meninggalkan kesan atau mengotorkan dinding.

Namun, pastikan sukatan bahan digunakan dengan betul bagi mengelakkan bau cuka yang kuat di dalam rumah.

Menurutnya, selepas meninggalkan rumah selama tiga minggu kerana pulang ke kampung, dia mendapati ruang tamu dan bilik tidur bebas daripada najis cicak.

Artikel Lain