suria

Dah mula packing nak balik raya? Ketahui 8 barang utama yang perlu ada dalam bagasi

Tuala dan barangan mandian adalah antara perkara wajib yang perlu anda bawa ketika pulang ke kampung halaman.

BERMULA hujung minggu ini ramai daripada kita akan mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun sebelum pulang ke kampung halaman jangan lupa bawa barang keperluan sendiri kerana apabila berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudara pasti banyak benda yang tidak cukup serta mengelakkan kejadian berebut.

Ini adalah check-list yang perlu dibawa bersama agar suasana hari raya berjalan sempurna untuk anda sekeluarga.

1. Toto, bantal dan selimut


Bawa bantal sendiri bukan sahaja lebih selesa tapi mengelakkan berebut dengan saudara-mara. 

Apabila pulang ke kampung halaman pastinya akan timbul masalah bantal atau selimut tidak cukup. Paling mudah, bawa sendiri daripada rumah agar anda tidak tidur di atas lantai kesejukan.

2. Ubat-ubatan


Ubat adalah penting untuk dibawa sekiranya berlaku kecemasan.

Pada hari raya kedai runcit atau pun farmasi pasti akan tutup. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik beli lebih awal ubat seperti paracetamol, minyak cap kapak serta ubat sakit perut... mana tahu anda perlukannya selepas seharian makan lemang dan rendang.

Manakala yang mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi, jangan lupa bawa bekalan ubat anda secukupnya atau hari raya anda berakhir dengan tragedi.

3. Extension plug, power bank


Extension plug penting untuk mengecas telefon.

Seharian sibuk mengambil gambar untuk Instagram, bateri pun cepat habis. Bayangkan pula, plug semua penuh dan sebab itu perlunya membawa extension plug.

Jika hendak lagi mudah lebih baik bawa power bank jadi tak malu sangat nak tumpang cas telefon ketika bertandang ke rumah saudara.

4. Seterika


Bawa seterika sendiri atau gosok baju anda sebelum pulang ke kampung. 

Pagi raya selalunya paling riuh apabila ramai berebut-rebut nak menggosok baju walaupun sudah pesan gosok malam sebelumnya.

Untuk mengelakkan ada yang bermasam muka apa kata bawa seterika sendiri atau gosok siap-siap sebelum pulang ke kampung.

5. Laundry beg


Laundry beg jangan lupa!

Bagi yang anak ramai tu, jangan lupa bawa laundry beg supaya baju kotor tidak bersepah serta tidak bercampur dengan pakaian bersih.

6. Penyangkut baju


Kalau ada penyangkut baju senang nak gantung tudung.

Kaum wanita! Jangan lupa bawa penyangkut baju extra buat sangkut tudung anda! Kalau letak merata jawabnya memang habis berkedut kena pijak dengan anak-anak!

7. Tuala


Benda pertama masuk dalam beg adalah tuala!

Ini paling masalah... rumah nenek bukan hotel yang tersedia semuanya! Jadi sila bawa tuala sendiri okey!

8. Barang mandian


Barangan mandian wajib dibawa sendiri. 

Kelengkapan mandian seperti syampu, sabun, ubat gigi dan pencuci wajah sebaiknya bawa sendiri dari rumah dan bukannya guna orang lain punya.

Artikel Lain