PADA 2008, Rozana Musa menubuhkan sebuah studio kecil di ruang dapur kediaman ibunya di Melaka. Lulusan seni dan reka bentuk dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu kemudiannya mula mengumpul tanah liat dari sungai berdekatan rumah berkenaan untuk membuat ukiran dan aksesori sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Plat besi pemberian arwah suami jadi kenangan keluarga, “Setiap bulan ibu tak terlepas beli magnet...” "Ketika mula-mula menghasilkannya, saya menyertai beberapa bazar di Kuala Lumpur dan menjual barangan seperti aksesori keronsang yang dilukis menggunakan tangan," katanya. Selepas dua tahun, wanita itu berpindah ke kedai runcit kosong milik neneknya dan secara rasmi memulakan Bendang Studio. Setiap pinggan seramik yang dihasilkan memiliki corak yang tersendiri. - Star 2 Bendang Studio menghasilkan barangan seperti pinggan, cawan dan mangkuk. Peralatan pinggan yang dijual oleh Rozana adalah hasil kerja tangannya sendiri dengan reka bentuk yang unik serta etos yang sangat moden. Rekaan pinggan hitam berbintik dengan titik polka biru atau pinggan putih yang kelihatan seperti calitan artistik dengan cat merah jambu. Setiap karyanya unik dan tidak dapat disangkal semuanya cantik belaka. Tidak hairanlah jika hasil seninya mula mendapat perhatian restoran dan dihidang kepada pelanggan sebagai salah satu daya tarikan. Ketika saya mula-mula menghasilkannya, saya menyertai beberapa baazar di Kuala Lumpur dan menjual barangan seperti aksesori keronsang yang dilukis menggunakan tangan. ROZANA Pembuat pinggan seramik Antara restoran yang menggunakan pinggan rekaan Bendang Studio adalah Beta KL, De.Wan by Chef Wan, Roost KL, Jibby & Co, Bean Brothers, Puntry by Pun’s Ice Cream, Blackbyrd dan Atas di The RuMa Hotel and Residences. Pengasas Puntry by Pun’s Ice Cream, Tan San Eu merupakan salah seorang pemilik restoran yang meminati hasil kerja Rozana. "Saya tahu tentang Bendang daripada blog seorang kawan dan terus jatuh cinta dengan hasil kerjanya. "Kebanyakan pinggan kami dibuat berdasarkan rekaan Rozana yang ditempah khas kerana kami ingin mengetengahkan kreativiti beliau," kata San Eu. Selepas berjaya mencuri perhatian beberapa pemilik restoran, Rozana menyedari bahawa dia tidak lagi mampu melakukannya seorang diri. Bendang Studio menjadi pilihan beberapa restoran di sekitar Kuala Lumpur. - Foto Beta KL Tahun lalu, wanita itu bekerjasama dengan seorang peminatnya, Imaya Wong sebagai rakan kongsi. "Beberapa tahun lalu saya menghadiri majlis di mana Rozana menjual hasil kerjanya dan saya terus jatuh cinta. "Saya pun mula beli dan kumpul barangan yang dihasilkannya. Minat saya terhadap karyanya semakin bertambah sejak itu. "Latar belakang saya pula dalam rekaan dan penjenamaan, sementara dia pula dalam pembuatan seramik. "Jadi, saya rasa elok kalau gabungkan kemahiran kami" kata Imaya. - Star2