suria

Beli sahaja insurans jika takut diculik makhluk asing, ini 5 perkara aneh yang anda tidak tahu tapi sebenarnya ia wujud

Jika takut diculik makhluk asing, lindungi sahaja diri dengan polisi insurans ini. - Gambar hiasan/Thinkstock

KADANG-KADANG realiti lebih aneh daripada rekaan. Ini bukan tentang silap mata atau ikan duyung, tetapi ia perkara paling pelik yang wujud di muka bumi ini.

Daripada pokok berusia ribuan tahun kepada pulau yang dipenuhi anjing, rupa-rupanya banyak lagi perkara luar biasa yang tidak diketahui kewujudannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut! Pakar dapat 'baca' tahap kesihatan anda melalui penggunaan perkataan di status Facebook

Best Life berkongsi lima perkara pelik yang jarang kita dengar, tetapi benar-benar terjadi.

1. Mesin 'pencetak' batu bata

Tempoh yang diperlukan untuk mengikat batu bata bagi menghasilkan jalan boleh mengambil masa berminggu-minggu.

Tapi, terima kasih kepada mesin pencetak jalan Tiger Stone yang boleh mempercepatkan proses tersebut.

Selepas pekerja memasukkan batu bata ke dalam mesin tersebut, ia akan menyusunnya mengikut corak ikatan yang diingini.

2. Tumbuhan berusia ribuan tahun

Ditemui di Gurun Namib, Welwitschia Mirabilis mengandungi dua daun, batang pokok dan akar.

"Secara puratanya, welwitschias berusia antara 500 ke 600 tahun.

"Sebahagian spesimen yang lebih besar pula dianggarkan berusia 2,000 tahun," menurut kenyataan Institut Biodiversiti Kebangsaan Afrika Selatan.

3. Peminta maaf profesional

Jika anda mahir menunjukkan perasaan menyesal dan pandai membuatkan orang lain berasa lebih baik setelah melalui situasi yang menyedihkan, anda mungkin sesuai menjadi seorang peminta maaf profesional.

Syarikat seperti Southwest Airlines melantik calon yang berkelayakan untuk berurusan dengan pelanggan berang dengan perkhidmatan yang diberikan.

Secara mudahnya, anda akan dibayar untuk meminta maaf kepada pelanggan.

4. Pulau dipenuhi anjing

Pulau Providenciales di Turks & Caicos bukan sahaja sebuah syurga tropika, tetapi menjadi rumah kepada anjing-anjing yang diselamatkan oleh aktivis haiwan.

Anjing tersebut juga boleh diambil secara percuma untuk dipelihara oleh mereka yang berkunjung ke pulau berkenaan.

5. Polisi insurans jika diculik makhluk asing

Bukan sahaja insurans nyawa, kereta dan kediaman yang ada dijual kepada pengguna, tetapi syarikat insurans turut menjual polisi yang melindungi pelanggan jika diculik oleh makhluk asing.

Agensi Saint Lawrence dari Florida, Amerika Syarikat berjaya menjual 6,000 polisi setakat ini dan perlindungan itu bernilai RM41 juta.

Syarat untuk membuat tuntutan insurans pula kedengaran agak kelakar.

Sesiapa yang diculik makhluk asing harus kembali ke bumi dan mendapatkan pengesahan daripada 'penculiknya'.

aneh, pelik

Artikel Lain