PERKARA yang mendatangkan kegembiraan dan kepuasan memang jarang ditemui apatah lagi dalam sebuah plastik beg yang penuh dengan barang disukai. Pelukis Lina Tan juga bersetuju bahawa subjek itu boleh menjadi sukar. "Sebenarnya ramai daripada kita membeli terlalu banyak barang yang akhirnya dibuang begitu sahaja. Kita perlu berfikir panjang sebelum membuat sesuatu pembelian. ARTIKEL BERKAITAN: Seni 'doodle' semakin digemari... Pelukis kolumnis The Star kongsi tip buat yang ingin mencuba "Kita perlu berhenti daripada membeli barangan yang tidak diperlukan," katanya kepada The Star. Bedak popular ini turut menjadi subjek pameran Lina. Subjek itu juga diterjemahkan oleh anak kelahiran dari Sabah itu menerusi pameran lukisan berjudul Stuff yang kini sedang berlangsung di Artemis Art Gallery, Publika. Pameran itu jelas, mengangkat tentang kegembiraan, nostalgia dan soal obsesi terhadap kebendaan yang tidak pernah berakhir. Menerusi pameran itu, Lina mempamerkan lebih 20 lukisan yang setiap satu daripadanya memperlihatkan perkara yang mungkin kita pandang remeh namun memberi kesan dalam kehidupan seharian. Ini termasuk tin sardin, pita kaset, kotak mancis, kotak amunisi dan bedak sejuk lama yang mengimbau nostalgia. Benda-benda ini biasanya anda dapat jumpa di bilik stor di rumah atau pun kedai vintaj. Tiger Balm yang digambarkan dalam sebuah hutan. Lina yang dibesarkan di Beaufort kira-kira dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu memberitahu dia menganggap benda-benda remeh itu sebagai berharga dan perlu diraikan. "Kehidupan kita dikelilingi dengan pelbagai perkara dan benda. Saya tidak mahu mengambil mudah tentang benda-benda yang dianggap remeh ini dan melihatnya sebagai objek berharga secara individu," katanya yang bertugas sebagai pembantu di sebuah kedai vintaj di Kuala Lumpur. Graduan dalam bidang Rekaan Grafik itu memberitahu dia sebenarnya tiada pengalaman dalam bidang seni halus, namun mempelajarinya daripada kenalan dan mengikut pengalaman dari pameran disertainya. Manakala untuk pameran Stuff, Lina memberitahu dia mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dan mendapat tunjuk ajar daripada kurator bebas, Sharmin Parameswaran untuk mengembangkan ideanya. "Sharmin mencadangkan agar saya melukis barang-barang ini secara rambang dan meletakkan item sebenar di sebelahnya ketika pameran," ujarnya. Tin Sardin mungkin biasa bagi kita tetapi tidak kepada Lina. Atas dasar itu, Lina berkata, dia memilih barang-barang yang mempunyai nostalgia dan memori kepadanya, pada masa sama boleh dirasai orang lain. Antara lukisan yang memberi memori kepadanya berjudul Samfong Hoi Tong Pressed Powder yang didedikasikan khas buat neneknya. Lukisan itu mempamerkan bedak yang sering digunakan dalam kalangan generasi wanita kaum Cina sebelum ini. "Nenek saya sering menggunakan bedak ini malah saya terpaksa meminta bantuan ibu untuk mencarinya," katanya. Antara lukisan yang turut mendapat perhatian berjudul Tiger Balm Red Ointment. Barangan yang dianggap remeh memberi idea kepada Lina. Namun Lina memberi sentuhan berbeza kepada produk itu apabila meletakkan produk itu di dalam hutan. "Anda boleh menggelarnya sebagai 'tiger in the wood' atau 'tiger wood'," katanya bergurau. Manakala lukisan Lisa tentang pita kaset yang popular pada era 1980-an dan 1990-an menggunakan album NKOTB berjudul Hanging Tough yang juga kumpulan kegemarannya. Stuff kini sedang dipamerkan di Artmenis Art, Level G4, Block C5, Publika sehingga 21 Julai ini setiap Selasa hingga Sabtu dari pukul 11 pagi hingga 7 malam. Manakala pada Ahad dibuka kepada awam dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang.