suria

Ditanya kelemahan diri ketika temuduga, ini 4 tip berguna tak tutup peluang dapat kerja

Sekiranya diberi soalan yang bersifat menduga jangan panik dan cuba jawab dengan tenang. Gambar Sekadar Hiasan

KETIKA menghadiri temuduga antara soalan yang akan ditanya bakal majikan adalah - "apa kelemahan anda?"

Soalan dengan tiga perkataan itu nampak mudah namun ia penuh dengan helah yang mampu menjerat diri anda sekiranya jawapan diberikan pada akhirnya merosakkan peluang anda mendapat pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain dari yang lain... Calon temuduga tampil dengan tema ‘Gatsby’

Bagaimanapun sebenarnya terdapat cara untuk menjawab soalan itu tanpa anda 'membentangkan' kelemahan diri anda sebaliknya jawapan tepat boleh menaikkan peluang mengisi jawatan ditawarkan.

1. Jangan beri jawapan meninggi diri

Jangan sesekali menjawab soalan itu dengan mengatakan anda tiada kelemahan dan seorang yang perfectionist! Itu adalah jawapan paling dangkal yang boleh diberikan.

Ia bukan sahaja membuatkan anda kelihatan sombong tetapi juga tiada realistik kerana seorang yang mementingkan kesempurnaan juga memiliki kelemahan.

Hindar bercakap perkara buruk tentang skop pekerjaan yang ditawarkan.

2. Ceritakan kelemahan bukan berkaitan pekerjaan

Sebaik-baiknya anda beritahu kepada bakal majikan tentang kelemahan yang tiada kaitan dengan perkara berkaitan pekerjaan yang ditawarkan.

Misalnya, jawatan ditawarkan sebagai pegawai pemasaran - hindar memberitahu bahawa anda tidak suka berinteraksi dengan orang ramai.

3. Jawapan positif, percaya diri!

Meskipun anda memberitahu kelemahan anda dengan jujur sebaiknya jawab dengan nada positif seolah-olah ia adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang.

Ia juga dapat menunjukkan bahawa anda menyedari akan masalah itu serta cuba menerima dan memperbaikinya.

Dengan cara itu juga dapat memberi gambaran kepada bakal majikan bahawa anda bukan seorang yang sombong dan tidak jujur.

4. Kelemahan yang positif

Tekankan juga bahawa kelemahan yang ada pada diri anda bukan perkara negatif dan tunjukkan bahawa anda berusaha memperbaiki kelemahan itu.

Sebagai contoh, anda seorang pereka grafik yang mempunyai sifat pemalu namun kerana perkara itu anda dapat menterjemahkan dalam hasil kerja anda secara kreatif. - TEMPO

Temuduga, Tip, Pekerjaan

Artikel Lain