suria

Dilengkapi 6 kamera, Vivo V17 Pro kini di pasaran... tunggu apa lagi!

Empat kamera utama di bahagian belakang.

GERGASI teknologi, Vivo melancarkan peranti terbaharu mereka, V17 Pro pada Selasa lalu.

Bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, pelancaran itu sekali gus menamatkan penantian penggemar jenama itu sejak sekian lama.

Dilengkapi enam kamera, ia sekali gus memberi saingan sengit terhadap pesaing jenama itu yang sudah ada di pasaran.

Fungsi pose master memberi panduan u tuk anda bergaya persis supermodel.

Antara fungsi paling menarik tentunya dua kamera hadapan yang dibina secara pop-up, yang mana ia akan timbul secara automatik pada bahagian atas peranti berkenaan.

Produk ini turut dilengkapi kamera 32MP dan 8MP (sudut lebar) untuk swafoto yang lebih sempurna.

Selain itu, ia turut hadir dengan empat belakang iaitu 48MP, 8MP (sudut lebar), 2MP (Bokeh) dan 2MP (Makro) sekaligus menjadikan enam kamera tersedia kesemuanya dalam satu peranti.

Malah, kamera dalam peranti itu ada dilengkapi fungsi Pose Master untuk memberi gambaran gaya pose kepada anda dan menjadikan foto yang diambil lebih menarik.

Model Vivo V17 Pro yang dilancarkan pada Selasa.

Hadir dengan dua varian warna Knight Black dan Crystal White, ia dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core serta 8GB Ram dan 128GB ROM.

Antara fungsi menarik lain untuk peranti seberat 201.8g itu termasuklah bateri 4100mAh dengan enjin pengecasan pantas dan skrin 6.43” FHD+ Ultra Full View Display.

Vivo V17 Pro boleh dibeli secara pra tempah bermula Selasa lalu menerusi gedung dalam talian seperti  Lazada dan Shopee dan dijual secara rasmi bermula 5 Oktober ini.

Menerusi acara berkenaan, harga peranti serba lengkap itu diumumkan serendah RM1,699.

Jika berhasrat nak beli, klik DI SINI.

V17 Pro, Vivo

Artikel Lain