suria

Kamera padu hingga 48MP, Xiaomi Mi 9 Lite segera rebut di pasaran November ini

Selain rekaan menawan, fungsi yang ditawarkan juga cukup berbaloi dengan harganya.

LAMBAKAN telefon pintar pelbagai jenama yang muncul saban hari membuatkan kita sukar memilih peranti yang tepat dan terbaik.

Namun, bagi mereka yang mencari telefon pintar dengan keupayaan kamera tinggi pada harga berpatutan, Xiaomi Mi 9 Lite adalah jawapannya.

Baru sahaja dilancarkan pada Rabu, siri terbaharu itu menjanjikan pengalaman penggunaan luar biasa buat pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Xiaomi Lancar Telefon Pintar Mi3 Di Malaysia

Selain kamera belakang berkeupayaan tinggi 48 megapiksel (MP), kamera hadapan juga tidak kurang hebatnya dengan 32MP.

Peranti yang hadir dalam dua varian itu menawarkan model 6GB + 64GB pada harga RM1,199 dan 6GB + 128GB pada harga RM1,299.

Kualiti kamera dan ketahanan bateri antara tarikan utama peranti ini.

Pengguna juga ditawarkan tiga seleksi warna mengancam iaitu Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.

Ia juga sesuai untuk penggunaan jangka panjang dengan keupayaan bateri 4030mAh dan turut dilengkapi fungsi pengecasan pantas.

Dengan skrin 6.39″ AMOLED berkualiti tinggi, peranti ini berada dalam liga tersendiri dengan janaan cip pemproses Snapdragon 710.

Bagi mereka yang berminat, ia boleh didapati menerusi Lazada dan Shopee bermula 1 November depan.

Artikel Lain