suria

Dah rancang aktiviti bersama anak cuti sekolah ini? Apa kata ambil kira 5 tip ini

Cuti sekolah bakal bermula 22 November ini. Sudahkah anda merancang percutian bersama keluarga?

SETIAP kali tibanya cuti sekolah, anak-anak pasti membuat pelbagai permintaan, sama ada mahu melancong atau melakukan aktiviti riadah bagi mengisi masa lapang sepanjang selama kira-kira enam minggu.

Bagaimanapun tidak semua ibu bapa dapat melayan perminataan tersebut terutama bagi pasangan yang bekerja dan sukar mendapat cuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta model jentera guna kertas, bahan terbuang... bakat remaja ini buat ramai terpana!

Tapi tidak mengapa, sebenarnya anda masih boleh menghabiskan masa berkualiti bersama mereka selepas waktu bekerja atau hujung minggu dengan melakukan beberapa aktiviti ini.

1. Memasak

Setiap hari si ibu akan memasak untuk keluarga tetapi bagi menjadikan ia sebagai aktiviti istimewa apa kata anda tanya apa yang mereka mahu makan dan libatkan anak-anak di dapur sama ada memotong, membersihkan atau menumis bahan masakan.

2. Menonton wayang

Kedatangan cuti sekolah tahun ini nampaknya ada alaasan untuk ke panggung wayang bersama anak-anak kerana ada dua filem baharu bakal ditayangkan iaitu Frozen 2 bermula 21 November, Ejen Ali The Movie (28 November) dan Jumanji (5 Disember).

Ini adalah kesempatan terbaik yang boleh direbut oleh ibu bapa yang sibuk di pejabat untuk menggembirakan hati anak-anak ketika cuti sekolah nanti.

Silap-silap ibu bapa yang lebih over dari anak-anak dapat tengok Elsa!

3. Guna pengangkutan awam

Alang-alang nak pergi menonton wayang, apa kata guna pengangkutan awam seperti bas, LRT atau MRT.

Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan malah anak-anak pasti teruja dapat bersiar-siar sekitar bandar menaiki pengangkutan awam.

Cara ini juga, anda dapat menerokai pelbagai tempat menarik yang mungkin sebelum ini tidak pernah tahu ada di Kuala Lumpur!

4. Berkhemah di rumah!

Siapa kata berkhemah perlu ke tepi sungai atau dalam hutan? Di halaman rumah pun boleh kalau kena dengan gayanya!

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memasak menggunakan dapur induksi, barbeku atau pun sekadar meluangkan masa berbual-bual dengan anak-anak.

Bersesak-sesak dalam khemah juga boleh mengeratkan hubungan anda sekeluarga.

5. Kemas rumah

Apa kata ambil peluang cuti sekolah untuk melakukan aktiviti mengemas rumah sebagai persediaan masuk tahun baharu tidak lama lagi.

Sambil itu boleh mengecat bilik anak-anak serta mengubah suai hiasan dalaman bilik mereka mengikut tema digemari.

cuti sekolah, berkhemah, memasak, wayang

Artikel Lain