PENYEBARAN wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa ini cukup membimbangkan apatah lagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan ia sebagai pandemik. Atas sebab itu ramai membatalkan rancangan percutian cuti sekolah penggal pertama yang bermula 13 hingga 21 Mac ini. Bagi adik-adik yang tidak tahu hendak buat apa cuti sekolah ini, jangan bimbang kerana dimsum entertainment berkolaborasi bersama SayPBS iaitu platform e-pembelajaran yang menawarkan kandungan pendidikan. ARTIKEL BERKAITAN: Cuti sekolah: Tangguh dulu plan bercuti, elak risiko Covid-19 Jadi boleh manfaatkan cuti sekolah ini dengan mengulangkaji pelajaran dengan cara lebih moden dan interaktif. SayPBS merupakan rangkaian e-pembelajaran yang cukup terkenal dengan persembahan pembelajaran secara kreatif mengikut kesesuaian subjek. SayPBS menggunakan teknik yang kreatif. Cara pembelajaran ini dilihat dapat membantu pelajar memahami sesuatu subjek dengan mendalam. Memiliki pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang pendidikan, SayPBS menggunakan teknik yang kreatif untuk memberi aspirasi kepada pelajar. Video-video tersebut meliputi pelbagai topik dalam Sains yang merangkumi silibus SPM serta e-tutorial tambahan yang bakal diterbitkan secara bulanan. Antara topik utama yang diketengahkan adalah Matter and Substance, sebuah topik tentang elemen dan atom. E-tutorial tambahan akan diterbitkan secara bulanan. Setiap topik dianimasikan supaya pelajar lebih memahami setiap apa yang ingin disampaikan. Kerjasama ini diharapkan dapat membantu penonton-penonton muda dimsum entertainment dan juga pelajar SayPBS yang mahukan akses bahan-bahan pembelajaran secara on-the-go. Ketua Pegawai Pemasaran dimsum entertainment, Lam Swee Kim memberitahu pihaknya sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan peneraju dalam e-pendidikan yang mampu memberi akses mudah kepada para pelajar dan juga penonton cilik dimsum entertainment. "Kolaborasi dengan SayPBS ini akan membuka peluang baharu untuk kami menguatkan lagi tawaran berbentuk pendidikan pada masa akan datang,” katanya. Setiap topik dianimasikan supaya pelajar lebih memahami. Sementara itu, Tutor Senior SayPBS pula memberitahu pihaknya sentiasa berusaha menghasilkan lebih banyak kandungan menarik, interaktif serta mencabar minda bagi membolehkan para pelajar untuk berfikir lebih jauh berbanding hanya belajar di dalam kelas. "Dalam masa yang sama, kami juga ingin memastikan para pelajar mampu untuk mencapai keputusan terbaik dengan material pembelajaran kami,” katanya. Untuk mengakses e-tutorial di dimsum entertainment, pelanggan boleh melanggan dengan harga istimewa, RM10 sebulan dengan menggunakan kod promo STUDYJER di www.dimsum.asia. Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).