suria

PPE panas, merimaskan! Bayangkan petugas kesihatan wajib pakai berbelas jam sehari...

Doktor dan jururawat antara golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 dan pemakaian PPE sangat penting bagi melindungi mereka. - Gambar Sekadar Hiasan

BARU-baru ini tular di media sosial sebuah video memperlihatkan sekumpulan doktor dan jururawat yang merawat pesakit dijangkiti wabak Covid-19 membuat sendiri pakaian keselamatan menggunakan plastik sampah ekoran kekurangan bekalan kelengkapan Personal Protective Equipment atau peralatan perlindungan diri (PPE).

Ramai tertanya-tanya mengapa pentingnya barisan hadapan ini memakai PPE yang dilihat pada mata kasar cukup tidak selesa, selain proses pemakaiannya juga dilihat rumit.

Tetapi sebenarnya pakaian keselamatan ini diwajibkan untuk dipakai oleh semua doktor dan jururawat yang mengendalikan pesakit positif Covid-19 bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti wabak berbahaya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Media sosial peneman sepanjang PKP, resepi paling banyak dikongsi

Pemakaian PPE juga mempunyai etika tertentu termasuklah topi pembedahan, perisai muka, sarung tangan, pakaian khas, sarung penutup kasut dan topeng wajah N95.

Baru-baru ini tular video memperlihatkan petugas di sebuah hospital menggunakan plastik untuk membuat pakaian PPE. 

Pakai sehingga 18 jam sehari, sangat panas!

Menerusi temubual video dibuat pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi dengan seorang jururawat dikenali sebagai Nurul memberitahu pemakaian PPE adalah diwajibkan setiap kali petugas kesihatan mengendalikan pesakit Covid-19.

Menurut Nurul, memakai dan membuka PPE juga mempunyai tatacara tertentu bagi memastikan doktor dan jururawat dilindungi daripada sebarang kemungkinan terkena jangkitan.

"Baju plastik yang kami pakai itu bukan plastik biasa tetapi ia berkualiti tinggi bagi melindungi kami. Bayangkan setiap hari kami perlu pakai PPE sehingga lapan ke 14 jam sehari, ada ketikanya berlarutan ke 18 jam tanpa buka! 

"Amat panas tetapi PPE sangat penting. Membukanya juga ada caranya dan selepas dibuka kami perlu mandi sebelum pulang," katanya.

Jelas Nurul, kelengkapan PPE menelan kos sebanyak RM250 seunit dan ia tidak boleh diulang guna dan perlu dibuang.

Pemakaian PPE juga perlu dibuat dengan teliti.

Tapi apa sebenarnya PPE ini?

Ia adalah peralatan atau pakaian untuk perlindungan diri terhadap risiko kesihatan dan keselamatan. Ia termasuklah risiko fizikal, alam sekitar, kimia dan virus.

Penggunaan PPE boleh melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan untuk pekerjaan berisiko tinggi seperti doktor, jururawat, anggota bomba, polis dan sebagainya. Ini termasuklah;

1. Udara tercemar

2. Jangkitan virus

3. Jangkitan kulit

4. Luka akibat terdedah bahan kimia

5. Kejutan elektrik

6. Suhu melampau

7. Melindungi mata

Petugas frontliner terpaksa menahan panas sepanjang memakai PPE. 

Individu yang terpaksa memakai PPE sebenarnya juga perlu berhati-hati ketika memakai pakaian khas itu kerana sekiranya rosak, ia boleh mendatangkan bahaya.

Atas dasar itu, ia mempunyai tatacara dan teknik pemakaian tertentu bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik. Ini termasuklah;

1. PPE yang belum digunakan perlu disimpan di dalam almari atau kotak simpanan.

2. Memastikan semua peralatan bersih dan dalam keadaan baik sebelum digunakan.

3. Selain memastikan jadual penyelenggaran atau penggantian PPE kerana ia mungkin rosak.

Daripada informasi yang dikongsi High Speed Training, kita boleh bayangkan betapa sukar buat semua doktor dan jururawat yang terpaksa memakai PPE ini dan risiko dihadapi mereka.

Di sini kita perlu mainkan peranan untuk tidak keluar rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan bagi membolehkan rantaian wabak itu terputus dan semua petugas frontline kita dapat menarik nafas lega.

Artikel Lain