suria

Jangan lupa 'claim' data Internet percuma setiap hari... ini langkah-langkahnya

Internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SEBAGAI rakyat Malaysia, kita sebenarnya bertuah kerana dilimpahkan dengan pelbagai insentif dan kemudahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua minggu ini.

Apa tidaknya, minggu lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang meliputi semua aspek dan segenap lapisan.

Malah bermula 1 April juga, semua syarikat komunikasi di Malaysia turut tampil membantu melancarkan urusan harian yang mengguna telefon bimbit dengan memberi data Internet secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuta senyuman bakal diukir, 'Kids Fun Book' percuma buat kanak-kanak terperap di rumah sepanjang PKP

Namun masih ramai yang belum pasti bagaimana untuk menebus data Internet percuma yang diberi setiap hari sebanyak 1GB bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Cara menebus internet juga cukup mudah. 

Apa kata baca tip dan ikut langkah di bawah ini bagi memastikan anda tidak terlepas mendapat data Internet percuma.

1. Celcom - Automatik

2. Digi - Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. Maxis - Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMobil e- Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special OfferPostpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer (Tawaran Istimewa)

5. TuneTalk - SMS STAYHOME ke 2222

6. ONEXOX - Tebus atau redeem melalui aplikasi ONEXOX Black atau tekan USSD *150#.

Data, Internet, Percuma, Setiap Hari, 1GB

Artikel Lain