SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai di antara kita memilih panggilan video untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan bagi bertanya khabar. Tidak hanya berfungsi sebagai alat komunikasi, kajian terbaharu turut menunjukkan panggilan video ketika berada di rumah juga boleh membuatkan tidur seseorang lebih nyenyak. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga baharu Apple, iPhone SE bakal dijual pada harga mampu milik Medical Science Monitor (MSM) membuat kajian di antara hubungan perbualan sosial melalui panggilan video dengan kualiti tidur individu yang terasing disebabkan penularan Covid19 di China baru-baru ini. Panggilan video boleh meningkatkan interaksi sosial anda meskipun terasing dengan dunia luar. Kajian yang dilakukan terhadap 200 individu di negara itu meliputi aspek hubungan sosial, tekanan dan kualiti tidur. Hasil kajian itu mendapati, individu yang memiliki hubungan sosial yang lemah lebih cenderung mengalami kesukaran tidur tetapi bagi yang sering bersosial menerusi panggilan video lebih kurang tekanan dan mendapat tidur berkualiti. Atas sebab itu, pengkaji menyarankan agar setiap orang tetap ceria dan berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan supaya tidak berasa terasing sehingga menyebabkan tekanan dan gangguan penyakit mental lain. Saat PKP ini, manfaatkan teknologi untuk terus berhubung dengan insan tersayang mesipun tidak dapat bertemu secara fizikal.