suria

Beraya sakan sampai pukul 2 pagi, 6 sekawan terkejut jelmaan 'join' bergambar... Mungkinkah 'tetamu' dari hutan tepi rumah?

Penampakan lembaga menyerupai wanita dengan rambut menggerbang kelihatan di belakang enam individu dalam gambar tersebut.

KESERONOKAN enam sekawan beraya di rumah seorang rakan mereka terbantut gara-gara kehadiran 'tetamu tidak diundang'.

Semuanya dek kerana penampakan entiti misteri dengan rambut menggerbang bersama enam individu di dalam gambar yang dirakam seorang gadis yang dikenali sebagai Hazreena.

"Scary nyahhh! This was taken by my sister last night at my mom's house. Last night ada buat makan-makan for her workers and my sister's friend. Zoom in. Hujan serindik (rintik-rintik)," tulis seorang wanita di Twitter miliknya sehingga menjadi tular.

Wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Zaa Roslan memberitahu, kejadian berlaku pada Syawal ketiga lalu (7 Jun) di kediaman ibunya di Taman Sukma, Kuching di Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ‘kaki story’ tak sengaja rakam ‘cik ponti’ jam 4 pagi, “Ramai kata ada orang bela, bersepah kat sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara 'sini sini' tepi highway - "Naluri saya... 60 peratus dialah"

Menurut Zaa, gambar tersebut dirakam oleh adiknya, Hazreena kira-kira pukul 2 pagi di tempat letak kereta rumah mereka.

Zaa berkongsi gambar yang dimuat naik adiknya di story WhatsApp pada Syawal ketiga lalu.

"Malam tu mak saya ada buat open house kecil-kecilan. Dia jemput pekerjanya dan beberapa rakan adik saya turut datang.

"Memandangkan malam tu hujan lebat jadi mereka terkandas nak balik rumah masing-masing. Sudahnya mereka pun melepak dekat rumah kami hingga hampir pukul 2 pagi.

Bagaimanapun Zaa berkata suasana bertukar kecoh apabila adiknya itu memaklumkan kepada kawan-kawannya mengenai satu penampakan dalam gambar yang diambil sebaik sahaja dia menyedarinya.

"Adik saya perasan dalam gambar tu ada something. Jadi dia pun post dekat story WhatsApp pukul 3 pagi selepas semua kawan-kawannya balik.

"Sebenarnya adik dah perasaan dari awal. Jadi keadaan bertukar kecoh seketika bila adik beritahu semua kawan-kawan dia. Semua ketakutan. Bila hujan berhenti semua terus balik rumah masing-masing.

"Kebetulan saya pula tak ada di rumah waktu tu dan saya dapat tahu keesokan paginya masa saya view story WhatsApp dia. Saya pun terkejut, seram sejuk pun ada.

Kadang-kadang anjing menyalak kuat tanpa sebab dan bila saya tengok tak ada orang di luar rumah. Malah budak-budak bujang yang lepak malam-malam pun pernah terjumpa benda-benda pelik dekat kawasan situ.

ZAA

"Lepas tu satu family berborak pasal penampakan dalam gambar tu. Semua terkejut jugalah sebab tak pernah terjadi sebelum ini," kata anak kedua daripada lima beradik itu.

Jelas Zaa, dia sering terdengar beberapa kisah mistik sebelum ini tetapi tidak menduga dapat melihat penampakan lembaga menyerupai wanita itu di dalam gambar yang dirakam adiknya.

"Masa saya masih tinggal dengan ibu sebelum berkahwin memang saya selalu terdengar bunyi menangis dan bunyi pelik lain malam-malam. Sebelah kanan rumah saya tu ada hutan kecil yang boleh tembus ke sekolah.

"Kadang-kadang anjing menyalak kuat tanpa sebab dan bila saya tengok tak ada orang di luar rumah. Malah budak-budak bujang yang lepak malam-malam pun pernah terjumpa benda-benda pelik dekat kawasan situ.

Penampakan lembaga rambut menggerbang terakam dalam gambar yang diambil Hazreena.

"Jadi bila nampak entiti tu memang meremanglah bulu roma. Saya tunjuk gambar tu pada mak mertua. Dia pun seram sejuk. Mungkin 'dia' keluar sebab dah kena ikat sebulan," katanya.

Perkongsian Zaa mengenai pengalaman ngeri dilalui adiknya itu di Twitternya mendapat 10,700 ulang kicau dan 6,500 tanda suka.

Zaa bagaimanapun tidak menduga perkongsiannya itu yang dibuat secara suka-suka mendapat perhatian netizen.

"Saya memang tak sangka langsung tweet saya akan viral sebab saya gunakan Twitter sebagai platform untuk meluahkan apa sahaja.

"Tengok-tengok dah lebih 10,000 retweet. Terkejut jugalah sebab followers saya pun tak ramai," katanya.

Antara komen netizen mengenai gambar dikongsi Zaa di Twitternya.

Dalam pada itu, Zaa menolak dakwaan netizen bahawa gambar tersebut disunting.

"Ada juga orang kecam. Mereka kata gambar edit. Macam mana nak edit kalau benda tu dah muncul dekat situ. Lagipun handphone saya bukan handphone canggih," katanya.

Artikel Lain